BBQ-ing with classmates!

Assalamualaikum dan hai hai! Hehehe agak lama jugaklah Ain tak updated blog ini. Sekarang ini tengah musim final exam untuk Universiti sebab itu busy sikit, hihi. Ok sekarang Ain nak cerita pasal jamuan kelas yang berrlangsung pada 3 April 2013, hari Rabu. Kelas Ain, BM111 2A buat jamuan dekat satu homestay ni. Yela, dah nak dekat habis semester kan so buat la jamuan makan makan, BBQ semua kat homestay. Tidur jugak kat sana. Bagi sesiapa yang nak balik kolej, boleh jugak. Berapa kena bayar? Hanya RM 25 sahaja. Adakah ia berbaloi atau tidak? Mehhh scroll dan baca cerita saya ok.


Lepas habis paper BEL 260, pukul 12 tengah hari, masing masing siap siap packing barang untuk pergi ke tempat yang ingin dituju. Pergi sana semuanya ada 3 buah kereta. Ada trip la, ikut giliran. Dekat je tempat tu, tak jauh pun. Sampai sana lebih kurang pukul 4 lebih macam tu. Semua yang dah sampai, check in bilik dan tolong untuk aktiviti masak memasak. Ain tak masak pun, tukang tengok je hahaha.

Rumah yang kami akan tidur.


Basuh ayam.




Ini dapur. Mereka sedang masam memasak.


Semua sudah sampai.





Bilik kami... Hihihi...

Dah set up semua untuk BBQ, time Maghrib semua sembahyang berjemaah. Lepas solat, baru makannn!


Solat Maghrib berjemaah.



Sebelum nak tunggu semua makanan siap dimasak, main game dulu. Main game hang man! Hang man tu menggunakan belon. Not bad la game ni, fun. Pukul 9.30 malam, baru start makan. Nyumm nyumm~



Beratur ikut group dan dengar taklimat, hahaha.



 Sedap sedap sedappp!



 BM111 2A gangs! 
Maaf gambar kaburrr... Yela, tak ada DSLR kan~




Pukul 10.30 malam, kawan kawan yang nak balik ke kolej semula dihantar pulang. Yang tak balik tu, tidur kat homestay la kan. Yang perempuan tidur rumah depan, lelaki tidur rumah belakang. Pukul 12 lebih macam tu, lepak lepak dengan kawan kawan yang stay. Main game yang tak main lagi. Game yang Ain buat la, apa lagi! Hahahaha feedback yang agak bagus pasal game ni tapi tak ada yang sebut nama aku, LOL! Game ni macam bongkar rahsia yang dulu dulu la hahaha. Dah habis main game ni, main nyanyi nyanyi la then main true or dare. Hahaha sengal sengal je. Anyway semua sporting lah!


Pukul 3 pagi baru masuk rumah dan boleh pula suruh budak lelaki belikan nasi lemak ganja haha. Bukan ganja yang dadah tu tapi nama dia je. Sedap jugak la. First time merasa kan tapi memang sedap! Then tidur nak dekat pukul 4 pagi. Ish ish ish. Ain kongsi katil dengan 3 orang kawan Ain. Mengiring la tidur. A ah, kami semua tidur statik sebab sempit kan hahaha.

Keesokkan harinya, semua kemas kemas untuk check out. Perghhh tidur memang sedap la weh! Aircond kan, memang nyenyak gila ah. Tengok tengok dah pukul 11 pagi. Masing masing cepat cepat mandi. Breakfast pun tak makan sebab dah nak balik kan.



Hehehe so amacam? Bagi anda berbaloi tak RM 25 tu? Bagi Ain ok, not bad. Anyway saya berpuas hati cuma pengurusan masa tu perlu diperbaiki lagi. Kerjasama antara semua pihak pun sudah ok cuma kena ada jadual tugasan. Yela takkan la semua benda orang yang sama je kan yang buat. Hope ada improvement next semester ok kawan kawan.

Btw, SEMUA SPORTING dan BEST LAH!!!

P/S: Tinggal dua paper lagi untuk habis final exam. Wish Ain luck ok! Thanks! Sekian~

Makan besar bersama kesayangan :D

Ok ni just random stories. Well Ain kat belajar kat Kuala Terengganu so tak sah la kalau tak keluar pergi makan sana sini, hihihi. So first Ain nak cerita pasal apa yang Ain makan di Pantai Teluk Ketapang. Kat sini makanan semua best best woo! Ada sotong celup tepung, ikan celup tepung, udang celup tepung and everything lah. Harga pun ok. Satu pinggan, RM3.

Sotong, ikan, kereopok lekor, bebola ayam, udang and so on.

Farah dan Tasha.


Then baru baru ini Ain pergi ke Pantai Patu Burok pula. Niat di hati nak makan biasa biasa je sekali... Hah kau! Makan besarrr! Hahahaha! Harga boleh tahan la, kongsi duit semua.


Nad, Ika, Iffah dan Tasha.

With Arna and Hanis.

Sotong celup tepung. Yang ni sedap!!!

Rojak buah.

Dah macam baru lepas dapat gaji bulanan, haha.

Terliur tak tengok semua makanan di atas? Nyumm nyumm~ Ain pun tengah laparrr ni. So kepada sesiapa yang ingin mencuba semua makanan dia atas, jangan lupa ajak saya sekali! Hihihi k sekian~

P/S: Lagi tempat makan yang menarik adalah di PANTAI KELULUT! Tekan SINI untuk baca entry pasal tu.

United Day of DIBSA.

Hai hai! Ok kali ini Ain nak cerita pasal sebuah event yang dianjurkan oleh DIBSA iaitu Diploma In Bussiness Studies Association. Ini untuk pelajar yang ambil kos BM jela. So kteorang ada buat United Day or Family Day pada hari Sabtu (9 Mac 2013), di Lagoon Kuala Ibai. Nama tempat dah macam Sunway Lagoon kat Selangor tu, hahaha. So bertolak pukul 8.30 pagi macam tu. Hmmm kata pukul 7.30 pagi dah kena ada tapi huhhh! Janji Melayu en. Yang pergi satu bas je. Ala sikit je orang yang pergi...


So bila sampai di destinasi, masing masing buat muka pelik sebab hari tu search kat Google pasal tempat tu, lawa semacam je tapi realitinya? Kah kah kah! Hahaha k k so sampai sana, warming up duluuu. Then baru start game iaitu Running Man! Wehuuu~



Sebelum nak main, agihkan kumpulan. Semuanya ada 3 kumpulan. Satu kumpulan ada 12 orang atau kurang. So nama kumpulan Ain ialah KUMPULAN YOLO!!! Hahahaha!!! Actually nama tu wujud dari tournament futsal hari tu haha. So let's the game begin! Haa jangan lupa letak nama kat belakang baju sebab nanti ada hunter yang nak tarik nama kita kat belakang so kena hati hati, huhuhu.

YOLO TEAM!!! 12 members.


Team A - Yolo.

Team C - Unknown.

Macam mana nak main game ni? Ok ada beberapa checkpoint yang kita kena selesaikan. Sambil sambil tengah leka bermain kat checkpoint, haa nanti ada hunter yang akan tarik nametag kita. Ala nama yang tampal kat belakang baju tu. Siapa tengok program Running Man, dia tahu la. Sumpah seram doh!

Geng saya.


Wehhh sumpah penat doh main lari lari sana sini! Aduyai~ Dahla si hunter tu pun kejar kteorang laju gila! Nasib baik Ain tak mati lagi. Kalau sekali nametag kita kena cabut, kena out dari game tu. And ada satu part ni, sumpah kelakar gila! Kat kertas tu ada clue yang tertulis, "cari abang handsome bertopi jerami". So kteorang pun cari la kehulu kehilir, tak jumpa jumpa. Last last, ada pakcik ni kat padang tengah tengok budak budak main bola. Dah la pakcik tu pun pakai topi jerami so kteorang pun macam, "wehhh tah tah pakcik tu". So apa lagi, serbu ah kat pakcik tu. Sumpah kelakar gila gila dohhh... Pakcik tu pun layan je kteorang. Siap ambil gambar lagi sebagai bahan bukti. Tengok tengok, salah orang wakakakakakakakakakakaka! Haishhh maluuuu!

With abang handsome bertopi jerami, LOL!

Penat wehhh... Dah la 4 orang dah mati sebab nametag kena cabut. Bagi yang tinggal tu, kena la cari password la, bunga la, apa la sampai dapat untuk menang. Sumpah weh seram gila bila kena kejar dengan hunter. Siapa pernah tengok Running Man tu, dia tahu la kan. Seram dohhh. Ain dengan kawan kawan Ain semua lari lintang pukang. Menyorok disebalik pokok la, masuk semak la, hahaha adoyyy kelakar gila ah!

Tengah bincang macam mana nak lepaskan diri daripada hunter.

Menyorok belakang pokok.

Dah penat + semput lari sana sini, akhirnyaaaaaaaa... Wehuuu~ Tamat juga! Yeahhh! Apa??? Siapa juara??? Hihihihi... Sat naa... Bagi Ain cerita dulu. Ok, bila semua team dah habis, rehat rehat dulu. Then baru makannn. Nom nom nom~ Dah la masing masing tengah lapar gila, memang makan banyak la kan. Siap ada kerang bakar lagi! Perghhh memang kteorang conquer la kan! Hihihi. Lepas habis makan, baru umumkan pemenang.

Muka penat semua.

Rehat duluuu.

Makan ice cream. Nom nom nom~

Beehun + ayam + sosej for lunch!

Panggang ayam hahaha. Sedap weh!

Nak tahu siapa menang? Hehehe jeng jeng jeng... Lets scroll down!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TEMPAT KETIGA

Team C - Unknown.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TEMPAT KEDUA


Team B - Masked Rider.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Hahaha mesti dah tahu kan siapa juara? Hihihihihi.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TEMPAT PERTAMA

Team A - YOLO! 
Hahaha yang tak menang pun nak selit jugak, LOL!

Muka happy happy jer...

Hahaha memang tak sangka la boleh menang. Tahniah kepada geng geng Yolo kerana memberi kerjasama  sampai kita boleh menang, hahahaha! Dan best jugak lah dapat berkawan dengan mereka semua kan.

Our hamper! Yeahhh!

Balik kolej macam pukul 2 petang. Sampai kolej terus serang cafe! Haus gila dohhh... Btw, best jugak lah walaupun it is just simple game tapi penat bak hanggg! Masing masing punya muka semua dah terbakar. Muka Ain tak payah cakap la, erghhh! Tapi ok la, not bad. Walaupun tak ramai orang yang join, tapi fun la. So thats all for now. Thanks for reading! Sekian~

Proud to be the winner!

Follow my Instagram ---> ainzuhairi