Hallluuu~ Hahaha ok ni sebenarnya cerita 23.8.12 hari Khamis. Btw, laptop Ain rosak lahhhh. Ishhh! Sebabtu lah jarang nak update. Ni pon pinjam adik punya, bawak balik kolej. Hmmm ok lah kita sambung balik pasal raya.
Dah lama tak jumpa kawan kawan sekolah so kteorang cadang nak beraya sama sama. Nasib baik ada yang dah reti bawak kereta so senang la sikit. Berya start dari rumah Ain kat Bangi. Yela semua kawan kawan Ain tinggal kat Kajang. Saya sorang je sesat jauh jauh, haha. Pukul 10 lebih macam tu mereka dah sampai. Bagus bagus. Breakfast dulu kat rumah saya. Makan nasi lemak yang dimasak oleh ibu saya!
Lepas beraya rumah Ain, pergi ke Kajang plak. Beraya di rumah Intan plak kat Sungai Jelok. Kan wehhh? Hahaha. Ada dua kereta yang ikut sekali. Sampai sana, makan mee goreng pula. Nyumm nyumm~
Billa, Ain and Elena.
Lepas beraya rumah Intan, pergi Giant jap. Sempat tuuuu... Hahahaha! Alaaa nak cari hadiah untuk Azianty a.k.a Along, ketua kelas kteorang dulu. Dah cari, pergi rumah Elena pula kat Sungai Kantan. Kan wehhh? Hahaha lupa plak. Banyak nama sungai, LOL!
Dalam kereta. Meet the driver, Iylia.
Lepas beraya rumah Elena, pergi rumah Along plak. Yeayyy dapat jumpa geng Rubi!
Intan, Syera, Ain, Billa and Elena.
Akibat kekenyangan, saya makan jambu jerrrr, hahaha!
Elena, Billa and Syera.
Sambut birthday Along sekali.
Rubies girls~
With Along.
Dah habis, beraya rumah Iylia plak. Banyak kan kteorang pergi? Hahaha. Rumah Iylia tak ada orang so kteorang solat and lepak jap.
Then pergi rumah Syera plak kat Semenyih. Jauh jugak tapi best apa jalan jauh jauh ni, haha! Kteorang 4 orang je yang pergi daripada 6 orang sebab yang lain busy, ada hal.
Overall, BEST WEHHH! Lama tak jumpa kawan kawan. Akhirnya jumpa jugak walaupun sikit je yang ada. Pon jadilaaa~ Btw, maaf la kalau Ain selalu post lambat. Tak ada masa la. Dengan laptop lembab la, rosak la. Haishhh macam macam hal! Btw... uacapan dari saya... *rujuk gambar di bawah*
SELAMAT HARI RAYA SEMUAAAA!!!
P/S: Nak letak gambar family and cerita pasal hari raya pertama. Malangnya laptop rosak and semua file dalam tu hilang sudahhh. Ishhh sadis gilaaa! Nak tengok gambar lagi pasal raya ni, pergi kat album saya di FB. Klik SINI.