Best ke ambil course Business Administration (Hons) Finance (BM242)?

  ASSALAMUALAIKUM SEMUA! 

Hahahaha nampak tak excited dia setelah SEKIAN LAMA MENYEPI tak update blog ni. Biasalah, sejak dah masuk U (dah graduate dah pun) and dah ada kerja tetap, memang tak ada masa dan terpaksa tinggalkan dunia ni. Ini pon tergerak hati nak bukak dan wowww banyak juga orang comment regarding post Bachelor of Business Administration (Hons) Finance (BM 242). Based on that post, ramai juga yang comment and tanya soalan. Saya minta maaf sangat sangat sebab tak baca. Kalau baca pun, setahun dua tahun kemudian... Hmmm...

Untuk menjawab pertanyaan anda tentang, "best ke Finance?", "kena lompat sem ke?", "subject apa je belajar?" itu semua anda boleh rujuk post saya yang ini, KLIK SINI. Tapi tulah, post tu tahun 2016, sekarang dah tahun 2021, ce kira berapa tahun dah berlalu. Ain pun tak tahu lah kot ada yang berubah, dah tukar itu ini. So memang ada yang saya tak boleh jawab pertanyaan anda. Akak dah habis belajar dik oiii... Dah kerja dah pun!

Alhamdulillah dah berjaya menamatkan degree pada tahun 2018! I am graduated as Bachelor in Finance! Fuhhh...

And alhamdulillah now (2021) dah ada kerja tetap, kerja sebagai Finance Executive dalam sektor perumahan. I love like my job hahahaha. 

Best ke kerja dalam bidang finance? Of course lah besttt sebab itu yang kita nak. Kita dah belajar hempas pulas dalam course finance, of course lah nak kerja sama macam apa yang kita belajar kan. Tapi jangan risau, kalau anda tak dapat apa yang anda nak, just fikir satu je, rezeki ada dimana mana. Rezeki Allah ni luas.

Apa yang kita belajar dulu, sama ke macam kat tempat kerja? Totally tak sama! Tak ada lah sama 100% tapi at least anda ada knowledge yang boleh diapply kat tempat kerja. Benda basic anda dah tahu, so nanti time kerja new knowledge lagi anda akan dapat.

Susah tak kerja? Biasalah first time kerja mesti nervous, takut and so on. Itu normal. Tak tahu, boleh belajar. Mula mula masuk kerja tu memang tak tahu apa lah kan. Tapi bila dah lama lama, confirm power dah lah! Yang penting, keep usaha!

Belajar atau kerja lagi best? Masing masing ada pandangan sendiri. Ada je yang kerja tapi buat pjj sambung degree/master/phd semua. Kena pandai bahagi masa. Ain pun terfikir juga macam mana lah orang tu boleh bahagi masa dengan stress kat tempat kerja dan stress nak belajar (exam, buat thesis and so on) lagi. I memang tabik springgg lah siapa yang kerja + belajar ni! Power lah korang!

Apa apa pun, tak semua kat dunia ni yang kita nak, kita akan dapat. Yang penting kita tahu cara cara nak capai cita cita kita. Keep usaha dan berjaya! You know what you want! So sampai sini sahaja lah posting saya. Kalau nak dm Ain tanya pasal belajar or kerja tentang finance, boleh lah dm kat Instagram saya. InshaAllah mana yang boleh balas, saya balas ok! Take care gaisss... Sekian~

Dah jadi alumni UiTM dah huhuhu.



P/S: Rindu zaman belajar tapi tak suka belajar... Hahahaha nak jumpa kawan and sembang jerrr hekhek!

Pre-convocation Degree 2018!

Assalamualaikum~ Hai! Akhirnya saya update hahaha sekian lama menghilang. So this is my first entry for 2018, yeay! Now Ain nak kongsi cerita pasal Pre-convocation Ain. Yesssss saya dah habis degree! Wohoo! Akhirnya penat lelah semput sudah habis and grad on time. I graduated as Bachelor in Business Administration (Hons.) Finance a.k.a Kewangan.

First Photoshoot 31/3/2018

Ain ambil jubah di UiTM Shah Alam pada 31 Mac 2018 (Sabtu). Lepas ambil jubah tu, kami satu kelas berkumpul sebab nak buat photoshoot kat Masjid Besi, Putrajaya. Dah lama jugak lah tak berjumpa dengan semua and ini pun tak full satu kelas ada. Let's take a look!


Girls BM242 L.



Boys BM242 L.



Lepas ambil gambar kat tingkat atas Masjid Besi tu, pergi ke next tempat iaitu kat belakang Masjid Besi. Ada sambut birthday jugak, hehe for March and April babies. Cuaca agak panasssss zzz.


Thanks for the cake! My name on it, hiks.

Yang lahir bulan Mac and April.

BM242 L. Since 2015.



Yeay! Finally we are done!


Habis je photoshoot, pergi lunch pulak. Lapar! Btw, seronok jugak lah berjumpa dengan semua. Rindu nak dengar suara bising masing masing dalam kelas. Serious rindu time belajar! Tapi belajar tak rindu, hehehe.

Credit photo to ---> @duos.photography , please click and follow okay di Instagram! Kalau nak photoshoot convo or wedding or apa apa lah, boleh gunakan perkhidmatan beliau. Dijamin gambar and muka anda lawa!

Instagram: @duos.photography

Second Photoshoot 7/4/2018

Kali ni bergambar dengan geng Ain. Saje buat kenangan. Bukan selalu dapat pakai jubah and maybe ini yang last, huhu. Photoshoot kat Seksyen 14, Shah Alam. Nice jugak lah tempatnya. Geng Ain ada lima orang. Masing maisng lain course tapi tempat belajar kami sama iaitu UiTM Puncak Alam. Kami kenal time diploma sama sama kat UiTM Kuala Terengganu. Sampai sekarang berkawan, alhamdulillah.

















From left: Tasha, Farah, Dhiya, me and Erin. Since 2012.

Kawasan ni cantik! So korang boleh pergi bergambar kat Seksyen 14, Shah Alam.

Memang best lah berphotoshoot ni! Hahaha macam macam posing! Penat nak fikir gaya apa, haha.

Photo credit to -----> @wsp.co , please click and follow okay di Instagram! Kalau nak photoshoot gambar convocation, boleh gunakan perkhidmatan beliau. Dijamin gambar dan muka anda lawa!

Instagram: @wsp.co

Banyak betul gambar, and semua lawa lawa! Bukan selalu kan, kasi chance lah nak menikmati hari hari bahagia, hehe. Btw, thats all gambar gambar pre-convocation saya. Eh cop! Nak belanja gambar sendiri sikit, hahahaha luls.




Hahaha pelik nauuu tengok muka sendiri. Okay sampai sini saja entry saya. Nak tahu apa yang terjadi pada hari konvokesyen? Haa itu nanti saya update. Stay tuned okay! Sekian~

Konvokesyen UiTM ke 88.

P/S: Nak imbas balik hari konvokesyen time diploma, hehehe. Boleh klik di bawah ini. Thanks!


SL1M Booster Training.

Assalamualaikum semua. Fyi, Ain dah habis belajar for degree so yeah I am fresh graduate yang tengah mencari kerja. Ain dah pergi banyak jugaklah interview but for now, I got this SL1M offer. Actually bagus jugak sebab selain dapat tambahkan pengalaman, dalam masa yang sama dapat banyak belajar benda yang baru. Takdelah asyik duduk rumah goyang kaki je, luls. So it just for 4 months only but Ain still keep on searching for a job.

Okay Ain taknak cakap banyak banyak, hahaha so now Ain nak kongsi pengalaman 2 minggu training kat Sime Darby di Ara Damansara. It was funnn even though tiap hari balik malam sebab kena handle project. Project apa? Baca sampai habis eh, hehe.

Ain ingatkan macam 100 orang je yang training rupanya almost 300 orang sebab semua dari division lain lain. Sime Darby ada 5 division iaitu Plantation, Property, Motors, Industrial and Logistics. So Ain dari division Plantation. After daftar, semua orang dibahagikan ikut group warna lanyard. Ain dapat warna yellow so I am in YELLOW TEAM! Dah dengar taklimat semua, so kena masuk kelas. 

Yellow lanyard.

And meet my friends yang tiap hari ambil and hantar Ain ke LRT, Adreana and Farah.

Total dalam kelas Ain ada 39 orang. Agak awkward mula mula sebab tak kenal. Then we had an ice breaking untuk kenal dengan semua. Okay paling awkward bila tahu umur sebenar masing masing berapa, hahahaha sumpah awkward kejap. It was the first time Ain berkawan/handle something dengan umur yang atas Ain. Paling tua 27 tahun and yang muda 23 tahun, hahaha thats me lol. But seronok jugaklah berkawan dengan semua sebab masing masing dari lain lain course and mereka ada pengalaman and skills tersendiri. Macam wowwww jugaklah mereka semua ni. Serious semua orang memang berkarisma sungguh!

Training pasal apa? Macam macamlah, hahahaha maleh nak cerita and banyak jugaklah Ain belajar benda baru. Penat tu penatlah jugak but okay saje. And of course makan paling sedap weh! Hahahaha and also ada vending machine air percuma. Asal break je, mesti minumm air free tu, hahahaha!

Meja Ain mula mula ada 7 orang tapi sorang dah undur diri so tinggal kami berenam sahaja.

And yeah we are from Pisang group, hahaha tah kenapa lah.

Meet my new friends.




Sepanjang training ni ada buat activities, games and also handle a project. Macam project innovation lah. Ala macam kat U. Selalunya kalau kat U kena handle event kan diberi masa sebulan lebih. Ini perghhh dalam masa seminggu je kot. Mana tak gelabah + serabut! But yeah thanks kepada satu kelas sebab kita semua bekerjasama. So before the event, kena lah setup hall and booth semua malam tu. Event tu hari Jumaat and it also the last day of training.


Half of yellow team.

My table mates.

Okay Ain skip skip je eh. Tak faham, tengok gambar jela, haha.

The last day (15 September 2017)
After setup booth, kena berkumpul di auditorium. Ada majlis pembukaan, penyerahan sijil dan perfomance dari group. Duduk dalam auditorium ikut warna group dan juga ikut susunan nama, hahaha dah macam konvo weh! Macam biasa nama Ain start dari huruf A.


Kawan kawan yang lain semua duduk kat depan, kami yang nama start huruf A ni kat belakang, haha.

Dapat sijil.




Dah habis, terus ke hall untuk event innovation pula. Kan ada 8 group so masing masing kena compete, kena yakinkan investor dan VVIP untuk invest ke innovation yang mana mereka suka.

8 group with 8 innovation.

Yellow team booth. Product innovtion kami bernama Anti-child Lost Bracelet. Amat berguna kalau nak detect kemana anak anda pergi so takde lah hilang anak.

Booth pun memang meriah sebab main target untuk parents yang taknak kehilangan anak.





With Mrs Suraya.


With account and finance friends.

With table mates. Sepanjang training duduk semeja dengan mereka.


Yeay done!

Macam pukul 4.30 petang, kena berkumpul balik kat auditorium sebab nak umumkan innovation siapa yang paling banyak invest. Rasa rasa siapa menang? Jeng jeng jeng...













3















2


















1












THE WINNER IS...




















JENG JENG JENG....
























YELLOW TEAM!!!!! WOHOO!!!









Tak sangka boleh menang tapi dah dijangka pun sebab ramai nampak investor banyak invest dalam kotak warna kuning, huhu. Alhamdulillah, penat lelah dan balik lewat semua akhirnya berbaloi. Good job guys! And a big thank you kepada semua sebab bekerjasama!

Akan merindui mereka semua. Memang seronoklah berkawan dengan mereka!


And of course Ain akan rindu Huda dan Tasha sebab mereka berdua sentiasa ada dengan Ain. Makan sama sama, borak gelak sama sama, pergi solat sama sama, semua lah sama sama! Hahaha muah sikit!

Habis lebih kurang pukul 6 petang lebih. Kami dapat baju free sebagai hadiah dan juga transkrip. So sudah tiba masanya untuk cakap selamat tinggal pada mereka semua sebab masing masing akan dipisahkan ikut tempat kerja yang diberikan. Sedih weh! Tapi adat berkawan lah, mesti terpisah one day juga. Anyway thank you again and goodluck for future guys! Isnin dah start kerja, hiks.

Yeah we are no 1! Goodbye, till we mee again, yellow team.

Sekian~