Iftar Steamboat Yummy!

Assalamualaikum. Kali ini Ain nak kongsi tentang berbuka puasa hari itu dengan kawan kawan sekelas Ain. Kteorang makan steamboat. Nama tempat itu Umang Umang BBQ Steamboat yang terletak di Kampung Bukit Kapar, Klang. Sedap weh! Harga? RM25 seorang dan makan lah sepuas-puasnya. Itu harga time Ramadhan sahaja ye, hehe.

Seramai 22 orang yang pergi. Kteorang bertolak dari Puncak Alam macam pukul 6.50 petang. Hahaha memang lambat sebab masing masing janji melayu! Tapi nasib baik sampai sana just smooth je. Tak ada lah sesak sangat nak ambil makanan cuma parking payah sikit lah.


Masing masing melantak dari start berbuka sampai nak dekat 9.30 malam weh! Jangan risau, kat situ ada surau. So lepas solat maghrib, boleh melantak lagi, hehe. Kenyang gila! Tak larat nak sumbat benda sama je, hahaha!






Lepas makan, balik rumah sat nak solat Isyak. Then keluar balik pergi tengok wayang kat Setia City Mall. Yang tengok wayang 12 orang je. Cerita Now You See Me 2. Bagi Ain hmm ok lah sebabbbbbb Ain krohh krohh kejap dalam panggung, hahahaha! Ngantok weh! Mana tak nya, pagi bangun awal sebab study untuk test. Tapi best lah jugak ceritanya. Kteorang tengok midnight, movie tu baru keluar kteorang terus tengok, uuuuu~




Habis movie lebih kurang pukul 2.30 pagi macam tu. Perghhh mata barai weh, tak dapat bukak dah. Sooo apa lagi, balik rumah lah. 

Ok Jumaat depan iaitu 24 Jun first paper untuk final exam sudah pun bermula. So I wish everyone goodluck and do your best! Semoga kita semua berjaya, aamiinn~

Goodluck to my BM242 4L!

Sekian~

4 comments:

  1. tak pernah tau, ada tempat steamboat murah dekat klang, nak trylah nanti :D

    salam perkenalan dari
    www.neezalife.com

    ReplyDelete
  2. Bestnya sis! iftar ramai2. Murah pulak tu. All the best final ^^

    ReplyDelete
  3. Dekat juga nie...mau pergi iftar kat sini nanti

    ReplyDelete
  4. wahhh meriahnya.. rindu nk berbuka mcm zaman study dlu.

    jemput join GA :)

    http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_22.html

    ReplyDelete

Ce komen ce komen :)