SL1M Booster Training.

Assalamualaikum semua. Fyi, Ain dah habis belajar for degree so yeah I am fresh graduate yang tengah mencari kerja. Ain dah pergi banyak jugaklah interview but for now, I got this SL1M offer. Actually bagus jugak sebab selain dapat tambahkan pengalaman, dalam masa yang sama dapat banyak belajar benda yang baru. Takdelah asyik duduk rumah goyang kaki je, luls. So it just for 4 months only but Ain still keep on searching for a job.

Okay Ain taknak cakap banyak banyak, hahaha so now Ain nak kongsi pengalaman 2 minggu training kat Sime Darby di Ara Damansara. It was funnn even though tiap hari balik malam sebab kena handle project. Project apa? Baca sampai habis eh, hehe.

Ain ingatkan macam 100 orang je yang training rupanya almost 300 orang sebab semua dari division lain lain. Sime Darby ada 5 division iaitu Plantation, Property, Motors, Industrial and Logistics. So Ain dari division Plantation. After daftar, semua orang dibahagikan ikut group warna lanyard. Ain dapat warna yellow so I am in YELLOW TEAM! Dah dengar taklimat semua, so kena masuk kelas. 

Yellow lanyard.

And meet my friends yang tiap hari ambil and hantar Ain ke LRT, Adreana and Farah.

Total dalam kelas Ain ada 39 orang. Agak awkward mula mula sebab tak kenal. Then we had an ice breaking untuk kenal dengan semua. Okay paling awkward bila tahu umur sebenar masing masing berapa, hahahaha sumpah awkward kejap. It was the first time Ain berkawan/handle something dengan umur yang atas Ain. Paling tua 27 tahun and yang muda 23 tahun, hahaha thats me lol. But seronok jugaklah berkawan dengan semua sebab masing masing dari lain lain course and mereka ada pengalaman and skills tersendiri. Macam wowwww jugaklah mereka semua ni. Serious semua orang memang berkarisma sungguh!

Training pasal apa? Macam macamlah, hahahaha maleh nak cerita and banyak jugaklah Ain belajar benda baru. Penat tu penatlah jugak but okay saje. And of course makan paling sedap weh! Hahahaha and also ada vending machine air percuma. Asal break je, mesti minumm air free tu, hahahaha!

Meja Ain mula mula ada 7 orang tapi sorang dah undur diri so tinggal kami berenam sahaja.

And yeah we are from Pisang group, hahaha tah kenapa lah.

Meet my new friends.




Sepanjang training ni ada buat activities, games and also handle a project. Macam project innovation lah. Ala macam kat U. Selalunya kalau kat U kena handle event kan diberi masa sebulan lebih. Ini perghhh dalam masa seminggu je kot. Mana tak gelabah + serabut! But yeah thanks kepada satu kelas sebab kita semua bekerjasama. So before the event, kena lah setup hall and booth semua malam tu. Event tu hari Jumaat and it also the last day of training.


Half of yellow team.

My table mates.

Okay Ain skip skip je eh. Tak faham, tengok gambar jela, haha.

The last day (15 September 2017)
After setup booth, kena berkumpul di auditorium. Ada majlis pembukaan, penyerahan sijil dan perfomance dari group. Duduk dalam auditorium ikut warna group dan juga ikut susunan nama, hahaha dah macam konvo weh! Macam biasa nama Ain start dari huruf A.


Kawan kawan yang lain semua duduk kat depan, kami yang nama start huruf A ni kat belakang, haha.

Dapat sijil.




Dah habis, terus ke hall untuk event innovation pula. Kan ada 8 group so masing masing kena compete, kena yakinkan investor dan VVIP untuk invest ke innovation yang mana mereka suka.

8 group with 8 innovation.

Yellow team booth. Product innovtion kami bernama Anti-child Lost Bracelet. Amat berguna kalau nak detect kemana anak anda pergi so takde lah hilang anak.

Booth pun memang meriah sebab main target untuk parents yang taknak kehilangan anak.





With Mrs Suraya.


With account and finance friends.

With table mates. Sepanjang training duduk semeja dengan mereka.


Yeay done!

Macam pukul 4.30 petang, kena berkumpul balik kat auditorium sebab nak umumkan innovation siapa yang paling banyak invest. Rasa rasa siapa menang? Jeng jeng jeng...













3















2


















1












THE WINNER IS...




















JENG JENG JENG....
























YELLOW TEAM!!!!! WOHOO!!!









Tak sangka boleh menang tapi dah dijangka pun sebab ramai nampak investor banyak invest dalam kotak warna kuning, huhu. Alhamdulillah, penat lelah dan balik lewat semua akhirnya berbaloi. Good job guys! And a big thank you kepada semua sebab bekerjasama!

Akan merindui mereka semua. Memang seronoklah berkawan dengan mereka!


And of course Ain akan rindu Huda dan Tasha sebab mereka berdua sentiasa ada dengan Ain. Makan sama sama, borak gelak sama sama, pergi solat sama sama, semua lah sama sama! Hahaha muah sikit!

Habis lebih kurang pukul 6 petang lebih. Kami dapat baju free sebagai hadiah dan juga transkrip. So sudah tiba masanya untuk cakap selamat tinggal pada mereka semua sebab masing masing akan dipisahkan ikut tempat kerja yang diberikan. Sedih weh! Tapi adat berkawan lah, mesti terpisah one day juga. Anyway thank you again and goodluck for future guys! Isnin dah start kerja, hiks.

Yeah we are no 1! Goodbye, till we mee again, yellow team.

Sekian~

Majlis Penutupan Sukan SEA 2017.


Assalamualaikum semua~ Wow lama nauuu tak update, haha! Tapi yeah saya masih hidup cuma blog je berhabuk fuh fuh. Dah lama sangat tak update so now Ain nak share tentang closing ceremony Sukan SEA 2017 yang berlangsung di Stadium National Bukit Jalil pada 30 Ogos 2017.

Ain gerak dari Bangi lepas zohor naik KTM di stesen UKM, the stop kat stesen Bandar Tasik Selatan. Lepas itu, exchange naik LRT pergi ke stesen Bukit Jalil. Senang jugak lah sebab dekat je. So Ain beli terus tiket balik sebab nanti takyah nak beratur panjang. Sampai sana lebih kurang pukul 3 petang. Ramai jugaklah orang. Sampai sana ronda ronda dulu sekitar stadium. Macam macam ada, banyak food truck and booth jual jual barang.




Dah habis pusing satu stadium, makan and solat Asar dulu. Haaaa macam pukul 5 petang lebih dah start ramai gila orang. So macam pukul 6.15 petang, baru masuk stadium. Actually penutupan tu start pukul 8.45 malam tapi tak kesah pun nak masuk awal. Masuk ikut entrance yang tertera kat tiket tu. Ain entrance B. Bila dah masuk, boleh je duduk mana mana. Ain duduk kat bahagian bawah.




Tiket ikut masuk entrance.


Wah! First time Ain merasa suasana macam ni, hehe. Selama ni tengok dalam tv saja. Yang ni pun Ain pergi sebab dapat tiket free, pakcik Ain bagi. Ain pergi dengan cousins and adik adik Ain. We are so excited!!!




Kataaaaa start pukul 8.45 malam tapi betul betul start pukul 9.40 malam! Aku dah nguap nguap dah haaa hahahaha. Penutupan sukan SEA 2017 ni just banyak nyanyi nyanyi je. Ada penyanyi penyanyi yang legend, artis famous and lagu semua sedap sedap. Seronok lah jugak sebab feeling macam dalam konsert! Ok what masuk free and dapat tengok artis artis and dengar mereka nyanyi lagu best best! Huhu!






Actually Ain waiting for the fireworks sebab esoknya kan nak merdeka, but ek elehhhhh seciput tu je??? Hmmm. Habis macam pukul 12.30 malam. Perghhhh ramai siot pergi ke arah stesen LRT! Nasib baik dah beli tiket balik siap siap. And nasib baik parents Ain akan ambil kat stesen Bandar Tasik Selatan. Kalau takkk...



Alhamdulillah Ain and cousins Ain semua selamat pulang ke rumah, haha. So we had a great day! Best! And congrats to Malaysia sebab dapat kumpul 145 pingat emas! Wohoo~ Hahaha hmmm so itu je kot? Actually banyak gambar situasi dalam camera digital Ain tapi bila nak transfer dalam laptop, tetibe laptop reset jadi tak betul, aigooo~ So ini jela gambar yang ada. Thanks for reading! Sekian~

HAPPY 60TH INDEPENDENCE DAY, MALAYSIA!

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!