Huishhh tajuk dia, hahahaha. Assalamualaikum semua! Ok sebenarnya event ni dah berlangsung 2 Oktober 2016 yang lepas. Baru harini Ain dapat update cerita ni, huhu. So, Ain dapat free tiket daripada kawan kawan Ain untuk tengok perlumbaan Malaysia Grand Prix Formula One. Thanks korang walaupun last minute ajak. Agak special jugaklah tiket tu sebab dapat duduk kat main grand stand woi! Uuuuu~ Hahaha mahal weh tiket tu, nasib baik dapat free, hehe.
On the way to Sepang International Circuit.
Ain pergi sana dengan dua orang kawan Ain iaitu Tasha dan Farah. Event tu start pukul 3 petang tapi macam macam rintangan kteorang hadapi untuk ke sana, hahaha. Dahlah sesak, lepastu parking gila jauh, lepastu tersalah masuk gate, hahahaha adoi. Parking kena bayar RM50 tapi alhamdulillah kteorang dapat free, hehe. Tapi jauh gila wehhh! Dengan panas terik yang teramat. Nasib baik ada bas Rapid yang memang dikhaskan untuk ambil orang orang yang nak tengok F1 tu.
Setelah penat sesat bagai, akhirnya sampai di pintu masuk utama lebih kurang pukul 4 petang. Dah terlambat lah but its okay. Nasib tiket free, hahaha. Sampai sana, trus masuk gate Main Grand Stand Crystal and duduk kat row yang kedua. Wehhhhhh bestttt dooooo! Dahlah first time tengok F1. Dapat tengok depan depan pulak tu! What a great view! Tapi tula, Ain bukan lah peminat F1 ni so tak tahu siapa racer dia. Tahu sikit jela. Time kteorang sampai pun, almost lagi berapa lap je dah nak habis. Tapi best lah weh!
Time habis perlumbaan, ramai orang serbu ke depan pentas.
So ini adalah pemenang lumba F1. Betul ke? Sebab Ain google je.
Juara: Daniel Ricciardo
Naib Juara: Max Verstappen
Tempat ketiga: Nico Rosberg
Kawan kawan Ain yang pergi jugak.
Habis je perlumbaan, terus ke satu tempat ni sebab ada konsert jap lagi. Ain tak kenal sangat siapa artis yang nyanyi tu kecuali Fazura, hahaha. So lepak dengar orang nyanyi nyanyi semua sampai lah ke malam. Malam nanti ada konsert dari Usher pulak.
Banyak jugak kereta mahal and antik dipamerkan.
Depan pentas yo!
Lepas maghrib macam tu, barulah start Usher's Concert. Banyak jugaklah lagu yang beliau menyanyi. It was a very superb perfomances! Suara beliau tersangatlah sedap walaupun beliau banyak lagu kena nyanyi semua and penat. Merasa jugaklah pergi concert kan, huhu. Nasib baik free, haha sebab concert ni sekali masuk dengan tiket F1 tadi. Dahlah ramai orang and sesak. Ain ni dahlah pendek hahahaha tak nampak sangat yang kat depan so jengket kaki sikit, lol!
Abe Usher!!! Hahahaha!
Hahaha banyak jugaklah gambar yang Ain tangkap tapi kebanyakkannya gegar! Haaa hahaha! Tapi kteorang tak dengar dia nyanyi sampai habis pun sebab terlalu banyak sangat lagu and lagu lagu dia mana lah Ain tahu so kita chawww lah. Lagipun dah lewat. Keluar dari tempat concert tu, pergi naik bas Rapid then bas tu akan stop kat tempat parking kita tadi. Apak ahhhhh gelap gelita weh tempat parking! Dahlah park kat ladang kelapa sawit! Kteorang lari laju laju sebab takut, hahaha.
Overall, it was very great experiences! Best lah, at least merasa lah jugak tengok perlumbaan F1, tengok concert semua, best best! So thats all from me. Sekian~
Follow lah dibawah ini, ahaks~