Potluck dua kali sampai kenyang!

Assalamualaikum. Ok so Ain nak cerita pasal potluck pada hari Khamis yang lepas. Sebelum potluck ada kelas QMT haha. Kami satu kelas pakai baju sama sebab ada tema, luls~ So pakai jela baju kelas. After class QMT, nak pergi jumpa lecturer yang pernah mengajar Ain dan kawan kawan Ain kat UiTM KT so nak jumpa jap.

Dalam kelas hahaha. Ada test woi!

Reunited for a while with BM111 6A friends.

Kawan kawan dari UiTM KT.

Jumpa macam 20 minit je then pergi ke tempat potluck. Wahhh! Macam macam makanan ada woo!

POTLUCK 1.0 (17 Disember 2015)

Menu for first potluck:
1. Satay (150 cucuk)
2. Spaghetti bolognese
3. Dominos (6 large box)
4. Air sirap limau
5. Blueberry cheese chocolate cake

Blueberry cheese chocolate cake. Ain tak dapat nak merasa hmm.

Nyum nyum!

Sir yang ajak kelas kteorang buat potluck. Banyak weh makanan! Tak larat gila nak makan. Ini semua ikut sir punya selera! Hahaha! Lagipun last day untuk kelas Financial Market Institutions (FMI) so apa salahnya. Ini semua guna duit kelas. Kutip setiap seorang RM35. Ok la, puas hati gila dapat makan. Perut kenyang, hati senang tapi jalan tak larat hahaha!





Geng dari KT yang sama kelas.

Hahaha paling lawak masing masing racist time ambil gambar. Macam diorang cakap, "ok geng Arau tangkap gambar kat sana, geng KPTM kat sana, geng Lendu sini" hahaha adoiiiii. Sakan gila bergambar!

Masing masing dari lain lain U time diploma.

New classmates for degree.

Love, BM242 3L (Degree in Finance)!

Ok patutnya potluck kteorang buat hari Jumaat tapi Sir ada meeting so tunda hari Khamis. Jadi makanan yang sudah ditempah dan tak boleh tukar hari, kita bawak ke hari esoknya. Sebabtu kteorang ada dua kali potluck! Haha! Esok makan lagi weh!

POTLUCK 2.0 (18 Disember 2015)

Menu for second potluck:
1. Nasi briyani
2. Laksa Johor
3. Buah buahan (mata kucing,pisang)
4. Air sirap
5. Chocolate indulgence cake.


Chocolate indulgence cake.

Nasi briyani. Sedap gila!




Kenyang dah masing masing hahaha.



Second potluck ni biasa biasa je sebab sir tak ada and ada yang dah balik rumah. So habis sudah minggu belajar! Wohooo! Cepat gila masa berlalu. Pejam celik pejam celik, dah nak final exam. Baru je rasa macam minggu lepas daftar masuk degree, wakakakaka.

Ain harap yang Ain boleh buat dan score time final exam. Takut weh! Agak stress jugak lah amek course Finance ni. Tough tapi Ain ambil sebagai cabaran. I know I can do it! Usaha penting! So doakan yang Ain boleh buat dan berjaya. Aamiin~

So, jom belajar! First paper start 29 Dis ni. Pulun Ain pulun! Hahahaha. Sekian~

P/S: Goodluck to UiTM Degree students :)

Move On dan Let Go.

“Scars have the strange power to remind us that our past is real.” 
― Cormac McCarthy

Assalamulaikum semua. Tajuk entry kali ini ialah Move On dan Let Go pada benda yang sudah lepas. Mestilah pasal cinta haha. Ain just nak share pendapat Ain. Hmm mesti ada sesetengah orang yang still dalam proses nak pulihkan hati kan? Same goes to me. Bukan senang nak move on dan let go orang yang kita dah sayang. Tapi apakan daya, ini semua ketentuan daripada Allah. Kita kena redha.

MOVE ON dan LET GO adalah dua perkara yang berbeza. Ramai orang yang boleh move on dari cinta yang dulu tapi tak ramai orang yang boleh let go perasaan sayang dan cinta yang ada dalam hati itu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kita simpan perasaan itu pada orang yang tak sudi pada kita. Bagi sesetengah orang yang tak pernah rasa sakit gila dan hati hancur lebur haha selepas dikecewakan, bagi mereka alaaa nanti lama lama hilang lah. Amboiii cuba kau yang rasa hahaha.

Bagi Ain, ia mengambil masa yang lama nak pulih. Depends. Ada orang tak sampai seminggu break up dah ada pengganti. Mungkin hati dia senang ditukar ganti ataupun dia buat rebound relationship untuk lupakan cinta yang lepas. Who knows. Dan ada juga orang mengambil masa berbulan bulan, or even bertahun tahun! Tapi Ain respect lah siapa yang lepas break up, dia tak terus on relationship. It shows that hati korang bukan senang untuk diberi kepada orang.

Ain mengaku lah yang agak sakit hati ini lepas break up. Lagi lagi dengan orang yang pernah jadi kawan baik kita dan kita anggap dia dah macam family kita. Tup tup terkandas tengah jalan. Gila tak sedih. Sobs. Ia ibarat macam kehilangan ahli keluarga lah. Menangis, mata bengkak, serabut gila and so on, thats normal tapi alhamdulillah lah tak rasa nak bunuh diri haha.


Move on? Lepas break up ramai yang cakap, "move on la weh" erghhh diam lah hahaha. Cuba kau kat tempat aku. Hati orang lain lain so dia ada cara tersendiri nak move on. Ok ini pendapat Ain tentang nak move on.

1. Buang dan lupakan semua yang berkaitan pasal si dia.
Contoh macam gambar. Delete lah, jangan pula pergi tenung lama lama hahaha. Memang lah sayang tapi nak buat macam mana. Nak simpan pun, simpan lah kat tempat yang korang takkan tengok macam kat hardisk ke hahaha. Kalau simpan gambar dalam phone, hmmm kang rindu pulak. Kalau ada barang yang dia bagi, ikut korang lah nak buang ke, bagi balik ke, bakar ke. Tapi bagi Ain, Ain simpan sebagai tanda hadiah daripada seorang kawan. Hargai lah apa yang dia beli weh.

2. Jangan dengar lagu sedih.
Ain kalau sedih, Ain suka dengan lagu Lay Me Down by Sam Smith. Memang leleh habis. Lagu sedih ni kan, bila kita dengar mesti kita bayangkan kita dalam lirik tu. Kurangkan dengar lagu sedih. Better layan kpop! Hahaha!

3. Luangkan masa dengan keluarga dan kawan kawan.
Erti kata lain sibukkan diri lah. Dalam masa yang sama, kita pun kena lah minta nasihat daripada family kita or kawan kawan kita. Tiap kali rasa down, cuba minta nasihat daripada mereka. Macam Ain, tiap kali Ain rasa down bila teringatkan dia, Ain akan minta pandangan/nasihat daripada kawan kawan Ain. Alhamdulillah, mereka semua memahami dan beri nasihat yang menenangkan hati. Itu gunanya ada kawan. Kalau korang jenis time in relationship asyik berkepit dengan pakwe/makwe, bila break up baru terhegeh nak cari kawan, hahaha susah kawan kau nak bagi nasihat weh. Siapa suruh abaikan kawan time in relationship.

4. Delete? Block? Yang penting JANGAN STALK!
Ada yang cakap better delete/block dari sosial media so kita takkan sakit hati tapi ada yang kata tak perlu sebab nak tunjuk kat si dia yang kita ini tengah bahagia. Bagi Ain, ikut pendapat masing masing. Memang sayang nak delete tapi kalau itu yang terbaik, better delete. Biarlah kita tak tahu apa apa pasal dia. Dia bukannya kesah pasal kita pun. Oak? But please, jangan mengada nak stalk. Kalau nak seksa diri tu, try lah stalk. Lagi kita nak tahu pasal dia, lagi kita sakit. Biarkan dia bahagia. Kita pun layak bahagia.

5. Stop cari dan cakap pasal si dia.
Seriously stop! Kalau asyik cakap pasal benda dah lepas, memang susah kita nak move on. Ia akan buat kita lagi rindu dan asyik tertanya tanya pasal dia. Ain selalu jugak lah cakap pasal dia dan risaukan dia. Rasa nak tampooo je pipi sendiri ni haihhh. Stop it la Ain, dia tak pernah pun ingat kau kan. So please, shut up.

6. Solat lima waktu, berdoa dan buat solat sunat.
Kalau hati itu sakit sangat, banyakkan istighfar. Mungkin kita dah leka sangat bila bercinta dan lupakan Allah. Cuba renungkan, time korang bercinta, korang solat on time atau tidak? Haa Allah nak uji sebab itulah Allah pisahkan daripada benda yang buat kita lalai. Kena bersyukur tau! Muhasabah diri!

7. Maafkan si dia, tukang perampas (kalau ada), dan paling penting maafkan diri sendiri.
Bukankah lebih baik kita maafkan dengan seikhlas hati? Hati kita akan lebih tenang. Tak perlu nak berdendam. Ain maafkan segala kesalahan apa yang orang buat kat Ain walaupun hati Ain sakit sangat tapi maafkan diri sendiri? Hmmm. Ada satu tahap itu Ain tak dapat maafkan diri sendiri sebab salah Ain juga. Kalau kita endahkan pasangan kita, takkannya pasangan kita nak curang. Kan? Lagipun Ain jenis pentingkan kawan daripada pakwe ni sooo haha maap. So yang ada pakwe/makwe tu, korang layan lah baik baik. Jangan plak tetibe ada jantan/betina lain layan pasangan korang. Habis ahhh hahahaha. Tapi depends on iman masing masing punya pasangan kuat ke tak dengan godaan, luls.

Hmmm itu sahaja lah cara Ain move on. Ain tak dapat fikir dah haha. Ke korang ada cara lain jugak? Rileks, memang sakit dan mengambil masa yang lama tapi kalau kita sentiasa ingat dan berdoa kat Allah, inshaAllah Allah akan bantu kita. Yakin!


Ada orang, dia dah move on tapi still tak boleh let go perasaan sayang dan cinta itu. Perasaan itu still ada dalam diri. Ain pun jujur lah, Ain still lagi sayang dan cintakan dia tapi Ain selalu ingatkan diri Ain yang dia bukan untuk Ain dan ia akan mengambil masa nak pulih dan hilangkan perasaan ini.

Kalau anda still rasa susah nak let go perasaan ini, anda tak boleh lupakan dia, anda rasa dia adalah yang terbaik untuk ada, anda rasa dia the one and only and anda nak dia jugak, selalu lah ingatkan diri yang...

1. Time korang nangis bagai nak rak, rasa hati ni hancur berkecai, sedih sayu teramat, ada tak si dia tanya okay ke tak? HADO? Tah tah dia tak kesah pun korang nak melalak ke apa. Mata korang bengkak sampai rabun pun dia peduli apa.

2. Time korang demam or sakit sebab sakit yang teramat, ada tak si dia risau kat korang? Tanya pasal korang? HADO? Tah tah korang demam ke atau masuk hospital ke, dia takkan melawat punya sebab ada dia kesah? Huhu. Kesihatan kau, kau jagalah sendiri.

3. Time korang tak lalu nak makan, ada tak si dia tanya dah makan ke belum? HADO? Tah tah dia makan sedap sedap, korang je yang kebulur tak makan sebab layan perasaan. Hahaha Ain hilang 8kg woi sebab patah hati. Bahaya!

4. Time korang muram and tak ada mood nak happy, ada si dia tanya korang okay ke tak ataupun buat korang happy balik? HADO? Tah tah dia tengah syok gembira dengan pakwe/makwe baru, korang je over sedih sedih. Ingat dia nak pujuk? Please.

5. Time korang asyik post pasal sedih sedih kat laman sosial, ada si dia nak rasa sebersalah or perasan? HADO? Haha ke korang yang syok sendiri ni?

6. Time korang rindu serindu rindunya kat dia, ada si dia pun rindu kat korang? HADO? Podahhh! Baik dia rindu kat pakwe/makwe baru dia daripada rindu kat korang. Buang jela weh perasaan rindu tu. Kalau rindu sangat, berdoa kat Allah supaya korang boleh kawal perasaan rindu itu dan buangkan perasaan yang tak sepatutnya ada dalam diri.

Itulah cara cara Ain nak let go pada orang yang Ain sayang. Agak kejam ayat ayat itu tapi betul apa. Kau nangis pasal dia sampai mata sembam tapi dia tengah syok bercintan cintun dengan pakwe/makwe baru, buang masa dan buang air mata kau do. Dah la tu, jangan seksa diri itu. Allah kan ada. Berdoa banyak banyak. Allah akan bantu kita. Allah itu Maha Adil.

“Don't cry because it's over, smile because it happened.” 
― Dr. Seuss

Alhamdulillah, Ain sekarang pun okay lah tapi still dalam proses nak pulih. Jujur Ain rindu kat dia tapi apa Ain boleh buat. Dah orang tak nak kat kita, kita tak boleh paksa hati dia. So Ain sentiasa doakan yang terbaik untuk dia. Kalau itu jodoh dia, semoga bahagia. 

Hidup ini ada pertemuan dan ada perpisahan. Kita kena redha. Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita. Cuma kita janganlah sakiti perasaan orang. Hati manusia ni lembut. Kalau tak nak kat dia, kenapa perlu nak ada relationship dengan dia from the first? Kenapa nak curang kalau kau sendiri yang buat first move kat dia? Dan kenapa nak perlu sailang dan ganggu hubungan orang? Tolonglah hormat. Ain paling tak suka orang yang mengamalkan konsep, "selagi kau blum kahwin, aku boleh dapatkan kau" wowww jahatnya kau! Ain paling tak suka perangai orang macam ini. Minta dijauhkan lah.

So Ain minta maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki kalau Ain ada terkasar bahasa or buat ada yang terasa. It is just my opinion. Suka or tak suka, that is not my problem. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. 

Last but not least, bila kita rasa patah hati sangat sangat, banyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah. InsyaAllah you will be ok. And always remind yourself that time will heal everything, just be patience. Allah akan bantu kita. Sekian~


P/S: If you read this Z, imysm. I hope you are happy, always :)

Konvokesyen yang ke 83! Yeay!


Baca entry ni dulu ---> Pre-convocation

8 November 2015 (Ahad)

Yeay at last! Hari yang dinantikan sekian lama sudah pun tiba. Ain punya sidang belah petang so tak ada lah kena bangun awal hehe. Majlis start pukul 2.30 petang tapi kena ada dalam dewan sebelum pukul 1.30 petang. Tiba tiba rasa nervous gila! Gelabah kan? Hahahaha tapi excited pun ada. Ain nervous sebab takut terjatuh time naik pentas. Yela, kasut Ain dah lah tinggi lepastu takut topi pulak jatuh bila tunduk ambill scroll. Nasib tak ada apa apa berlaku, fuh.

Sementara nak tunggu kawan kawan.

Para graduan kena berkumpul di Dewan Cemara dulu. Then ada staff panggil suruh beratur group by group, start dari no 1 hingga no 30. Cuba teka Ain nombor berapa? Hahahaha kalau dah nama start dari huruf A, mesti la depan depan haha. Giliran Ain yang ke 14. Memang depan gila lah haha.

KT friends, antara yang dalam no 1 hingga no 30.

Naik pentas sudah, ambil scroll sudah, everything berjalan dengan lancar. Keluar sahaja dari dewan, masing masing tangkap gambar.



Tahniah kepada kawan kawan yang dapat Anugerah Naib Canselor (ANC)!

ANC ni bermaksud dapat Dekan (pointer 3.5 ke atas) setiap sem. Power kan siapa yang dapat? Serious doh Ain rasa jealous gila. Yela, orang tepuk tangan part ANC je hahaha. Tahniah kepada siapa yang dapat dan semua para graduan! Tahniah!

Thank you ayah ibu! This is for both of you! Love you!

Hmmmmm sedihnya! Tak dapat tangkap gambar banyak banyak sebab ada yang hilang kesana sini. Ain nak tangkap gambar dengan orang tu tapi hmmmm tak ada rezeki. Nevermind, I am okay. 

Diploma selama 3 tahun, 6 semester sudah pun saya berjaya harungi. Now untuk Degree pulak! Ahhh rasa sedih pun ada. Zaman diploma tak sama macam degree. Degree lagi tough. I hope I can do it! Doakan Ain berjaya kali ini. Nak try jugak pakai selempang pink haha. 

Kampus Ain time diploma.

So goodbye Terengganu. Till we meet again. Sekian~

Pre-Convocation at Dungun, Terengganu.


7 November 2015 (Sabtu)

Dah lama Ain nantikan saat saat memakai jubah dan topi untuk konvo dan akhirnya!!! Wohoo~ Tahniah kepada diri sendiri haha. Time diploma dulu, Ain belajar di UiTM Kampus Kuala Terengganu kat Chendering so konvokesyen Ain dibuat di Terengganu jugak lah. Ain gerak ke sana hari Jumaat petang dari rumah then stay satu malam kat Kuantan. Pagi Sabtu baru gerak ke UiTM Dungun. UiTM Dungun ni main kampus lah so pelajar dari UiTM KT dan UiTM Bukit Besi, konvo kat sini jugak.

Excited gilaaa kot! Lagi excited dapat berkumpul dengan classmates time diploma dulu. Lepas rindu! Tapi tak semua ada hmm. Sampai kat UiTM Dungun, dah ambil jubah semua, so bermula lah sesi photoshoot untuk pre convo!



Dah habis photoshoot tengah panas, masuk ke dalam dewan pulak. Ada sesi raptai. Habis je raptai, sambung lagi photoshoot hahaha.

 Geng Karisma 2013 hahaha.




My BM111 1A - 6A. Love you guys forever!

Kelas Ain total 30 orang tapi yang ada dalam gambar sikit je hmm. Takpelah, tak ada rezeki nak tangkap gambar satu kelas full. Selesai je photoshoot, kteorang pergi makan nasi ayam. Nyumm nyumm!

Farah, Ain dan Erin.

Habis makan semua, balik ke tempat penginapan masing masing. Tak sabarnya nak naik pentas esok! Hahahaha! Cepat betul masa berlalu. Terasa diri ni sangat tua dan dah boleh kahwin hahaha.

So next entry pasal Convocation Day! Nantikan... Sekian~

I am offically graduated from Diploma of Bussiness Studies.

List nama yang join "Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!!".

Ok ini dia list nama yang join "Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!!". So link anda ini akan automatik masuk dalam bloglist saya selama dua bulan (Nov-Dis) ye. Hehehe thank you for joining!

BLOGLIST 1
1. http://itsmelyya.blogspot.my/2015/10/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
2. http://iampiegirl.blogspot.my/2015/10/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
3. http://www.syuhadasalleh.my/2015/10/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
4. http://yuhaadie.blogspot.my/2015/10/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
5. http://nurriffah-islam.blogspot.my/2015/10/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
6. http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/2015/10/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
7. http://umikasum.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
8. http://blogfiefi.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
9. http://itsfixqrimalek.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
10. http://fififizahresepi.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html

BLOGLIST 2
1. http://www.merahussain.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
2. http://mohamad-nabil-96-izzat.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
3. http://norshazie.blogspot.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
4. http://www.miminadam.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
5. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
6. http://www.sallysamsaiman.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
7. http://faizahazmi.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
8. http://fiazdiary.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
9. http://panduanwanitabekerjadirumah.blogspot.my/2015/11/join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
10. http://emmemarinamohamad.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html

BLOGLIST 3
1. http://nurfarhanadotcom.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
2. http://leyastorymory.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
3. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
4. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
5. http://bungakayangan.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
6. http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
7. http://petikbunga.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
8. http://farahanasharif.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
9. http://www.sayidahnapisah.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
10. http://shafuhann-smab.blogspot.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html

BLOGLIST 4
1. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
2. http://www.syahidahfadilah.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
3. http://www.cekgunorazimah.com/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
4. http://rianalittlecuties.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
5. http://vitaminwawa.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
6. http://noradzwatyrokkafella.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
7. http://threeseptemberfingers.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html
8.
9.
10.

Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!!

Haiii... Hari ini Ain nak buat segmen pasal bloglist. Mudah sahaja. So kalau anda nak masuk dalam bloglist saya sepanjang bulan November dan Disember ini, mari ikut syarat dan step di bawah ini. Tiada had, semua orang boleh masuk, hehe.

Apa tujuannya? Mana tahu ada yang singgah ke blog saya dan tekan link blog awak. Dan dari situlah followers atau para pembaca anda akan bertambah. Who knows right?

So the step is:

1) WAJIB FOLLOW blog Ain, WAJIB LIKE fan page blog Ain dan SUNAT FOLLOW twitter dan Instagram Ain (kalau nak la). Mana achi kan kalau nak masuk dalam bloglist Ain tapi tak buat yang wajib tu kan, hee~



Instagram


2) Tulis entry yang bertajuk, "Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!!". Then tampal banner yang comel ini di entry anda. *copy banner bawah ini* Dan link kan ke blog ini.

TAMAT

3) Dah siap? Hantar link anda itu di comment box di bawah ini. Di tempat lain saya tak nak layan.

4) TAG SEORANG kawan anda atau lebih untuk join segmen ini sekali. Wee~


Dalam 1 bloglist tu Ain akan muatkan sampai 10 orang blogger. Lagi ramai join, lagi banyak la bloglist. SEMUA yang join, SEMUA dapat masuk, hihi. Bloglist saya di sidebar sebelah kanan ok. Ajak kawan kawan! Sekian~

Tarikh tutup: TAMAT

KALAU ADA MASA TU, SINGGAH LA KE BLOG MEREKA.

P/S: Link blog yang join segmen ini, akan dibloglist apabila tamatnya segmen ini. Terimasss~

First Love.

"Everything in life, just for a while".

Assalamualaikum semua. Berdasarkan tajuk diatas, hahaha, siapa pernah merasa cinta pertama? Tak kesah lah kekal sampai sekarang (alhamdulillah) ataupun dah teputus ditengah jalan. Kalau yang dah umur 20 tahun ke atas, mestilah dah pernah merasa kan? Kalau still innocent dan tak pernah bercinta langsung, anda memang WOW! Bagus! *clap clap*

Haha ok berbalik kepada topik diatas, Ain pun tak tahu kenapa tiba tiba Ain nak share pasal "first love" ni. Saja nak kongsi, mana tahu pengalaman kita sama. Tipu lah Ain yang tak pernah bercinta tapi tak lama mana pun (setahun pun tak sampai). Mungkin sebab salah Ain juga, yela orang baru first time bercinta (umur 20 baru bercinta, noobnya) so macam bongok tak tahu apa apa. Ain jenis yang tak reti nak tunjuk perasaan menghargai seseorang, just say thank you and diam, sebab itulah orang ingat Ain jenis tak menghargai kot. But deep inside my heart, I am grateful to have you in my life.

Ain dengan dia dah kenal lama, sejak dari form 4. Aku dengar masalah kau, kau dengar masalah aku, then jadi kawan baik. Dia lah satu satunya kawan baik lelaki yang Ain ada. Bagi Ain, siapa kata bercinta dengan kawan baik itu indah? Lagi awkward ada lah lepas putus hubungan. Yela dari kawan baik ke teman istemewa then tup tup jadi kawan baik balik? No wayyy! Awkward, sangat. Nak jadi kawan pun rasa tak layak sebab kita tahu perasaan sayang tu masih ada. So better we become strangers that full of memories right?

Tipu lah tak sedih sampai sekarang. Dia kawan baik Ain kot, dia sentiasa ada time susah Ain. Tapi sekarang? Lain sangat. Dulu dia sentiasa tolong Ain, dengar masalah Ain, kita kongsi rahsia, kutuk orang sama sama, haha tapi yela, people come and go. Kita tak boleh expect semua orang akan ada sentiasa disisi kita. Even mak ayah kita pun akan tinggalkan kita suatu hari nanti. Kan? Ain jenis tak kongsi sangat masalah dengan parents sebab kalau itu masalah kau, kau settle sendiri (muhasabah diri), but sometimes we as a human we need someone to give advice or respond to us, so thanks to you, you always been there to help me to get through my stressful life. Dari kita kawan baik lagi kau sentiasa ada. I appreciate it, a lot.

Ain ada jumpa someting untuk dibaca. Agak menarik dan betul juga. Meh Ain nak share, by Elissa Sanci.

It’s Called Your First Love For A Reason

It’s called your first love because it’s also the first time you feel what happens when it’s over. It’s the first time you’ll feel as though a fist ripped through your chest and gripped your heart, pulling it out. It’s the first time you’ll cry so hard over another person, you can’t breathe. It’s the first time you’ll feel completely helpless, like a baby deer that hasn’t quite learned to walk on its own yet. It’s the first time you’ll feel like you’re reaching out to grab something, then realizing it’s smoke, and it disappears between your fingers. 

It’s the first time you blame yourself for something that perhaps wasn’t even your fault, maybe it was, but you’ll never know for sure and it’s also the first time you’re entirely responsible for the way you feel.  
It’s the first time you put yourself at fault for loving too much. You blame yourself for throwing yourself completely into the relationship, for letting yourself become absorbed into them, for thinking your first love was going to be your last love. It’s the first time you give more than you have to make another person happy, but at the time it was okay, or so you thought, because their happiness was your happiness and in assuming you’d be together forever, you believed that as long as you kept them happy, you’d be happy. This is the first time you blame yourself for caring too much and, in doing so, losing yourself.
Hearing the words “I don’t love you anymore” for the first time it hurts, and it hurts bad. 
Nothing seems to hurt as much as hearing your first love tell you you aren’t theirs anymore.It’s time to stop living in a fantasy, losing first love is realizing your life is not a young adult novel, no matter how hard you wish it was, and that things won’t work out in the end.  
When first love ends, you wonder if you even knew what love even was. You wonder if what you had was real or if you felt that way (or if they felt that way) because that’s what the movies told you to feel. When first love ends, you are left feeling lost and alone, sad and confused, and absolutely hopeless. 
First love hurts. 
When first love ends, it leaves you second-guessing yourself, your self-worth, who you even are. When first love ends, you realize that there’s now a hole in your heart, an absence, a space, something missing. You acknowledge that you’ll adjust, that your heart will shrink back, even though you don’t feel like it will. But when it does shrink back, it will always be a little loose where your first love used to be. There will be scars, and they won’t go away. When first love ends, you feel like you’re drowning, desperately gasping for air, reaching for help, but the hand you’ve trusted for so long is the one pressing you down, keeping you under. 
But first love is not only love. It’s not the best love, or the last love. First love is first, and it’s wonderful and amazing and new, but first is not synonymous with forever. And first is definitely not connected, whatsoever, to final. It’s called your first love because it’s just that, your first. Not your last.
"Feelings are like waves. You cannot stop them from coming but you can decide which ones to surf".

Betul tak apa beliau katakan? Haha kan... First love ni kan, banyak benda yang for the first time we feel, we do or we get. Apa yang first time untuk anda? Bagi Ain...

For the first time, I love someone same as I love my parents and families.
For the first time, I feel appreciated and loved.
For the first time, I fell very flowering (kenyit mata sikit dah macam kena current).
For the first time, I cook/bake then someone taste it.
For the first time, I feel motivated, bersaing nak sama sama jadi bagus.
For the first time, sleep late sebab otp (haha cerita sakan gila).
For the first time, bil telefon melambung (sorry ibu).
For the first time, makan keluar lepak jalan berdua.
For the first time, received gift or something that I wish for.
For the first time, meet your parents (what a nice moment, thanks).
For the first time, makan udang tanpa dikopek (tiada cholestrol katanya).
For the first time, received and sending love letter, love words and etc.
For the first time, I fall in love with my very own bestfriend (ok last, tak nak dah).

And for the first time, a guy came to my house and give flowers and etc, thank you.

And and for the first time, I did something valuable. The album of memories.

Ada banyak lagi yang first time hahaha tapi lupa dah. Tak pasal pasal ada yang meleleh ingat memori lama, hahaha. Dalam banyak banyak punya first time, paling tak percaya yang Ain buat adalah hantar surat cinta, hahaha. Sanggup kot dari rumah redah banyak bumper semata mata nak letak surat dalam peti pos dia, hahaha tapi itulah pengorbanan kalau dah sayang. Kelakar kan?

Siapa ada pengalaman putus cinta ni, mesti nak lupakan someone tu agak perit kan? Sesetengah orang akan buat "rebound relationship" untuk lupakan kekasih dia tapi bagi Ain, cara macam tu memang ok tapi macam tahlah. Sorry, Ain bukan jenis yang cepat sayangkan orang, semua take time. But once I care, I will care so much. Tapi itulah, hati tak boleh dipaksa kan. Ain tahu, hati ni milik Allah sepenuhnya. Hanya Dia sahaja yang akan tiupkan rasa sayang dan juga buat hati kita jadi tawar. Ain redha, but I know that one day Allah will give something better. Just be patience.

Now dah 8 bulan lebih berlalu, still recover nak bagi hati ni kuat sepenuhnya. Ada lah nangis sikit sikit sebab orang yang sentiasa jadi listener kita dah tak ada dengan kita. Sedih bukan? Lagi sedih dia dah berubah jadi orang yang kita tak kenal disebabkan terikut ikut perangai pasangan dia. Kalau kita rapat dengan orang itu dah lama, perangai dia lain sikit pun kita dah dapat rasa. Tapi biarlah, itu pilihan hati dia.

Ain percaya, Allah dah tulis masing masing punya jodoh time kat Luh Mahfuz lagi. Kalau ada jodoh antara mereka, itu mungkin yang terbaik bagi Allah. Allah itu Maha Adil, bersangka baik. Ain tahu Ain kuat. Ain bersyukur sangat yang Allah kurniakan orang orang sekeliling yang sentiasa bagi nasihat kat Ain, Ain hargai sangat.

"Being someone's first love is great, but being someone's last love is beyond perfect".

Btw, minta maaf lah kalau rasa agak annoying dengan post panjang lebar gila ni hahaha. Ain just nak share apa yang Ain rasa. Mungkin ada diantara anda juga yang pernah sayangkan seseorang dan sampai takut nak bercinta dah. Ada kan? Jangan risau, Allah dah aturkan setiap perjalanan kita. Kita kena banyak berdoa dan buat apa yang disuruhNya. Bak kata orang yang bahagia, "rileks la, banyak lagi ikan dilautan" eh kau diam lah hahaha. Yang kita nak tu lah yang tak pandang kita, yang kita tak nak tu la yang pandang kita, luls~

Thank you, always and forever even for a while.

P/S: I love you so much, I just want you to be happy, even if that happiness no longer includes me. Always pray for you. Take care.

Sekian~