Kerawang Carnival For Youuuuu~ UiTM KT.

Assalamualaikum semua! Ok now Ain nak cerita pasal KC4U yang berlangsung di UiTM Kampus Kuala Terengganu pada 1 dan 2 Mac 2013 yang lepas. Apa itu KC4U? Kerawang Carnival For You. Macam macam aktiviti yang dijalankan. Actually nak kumpul dana that is why buat event macam ni. Ok lah, Ain tak nak cerita panjang lebar pasal benda ni semua. Ain just nak cerita apa yang Ain lakukan pada masa itu hahaha. Ok haritu kan Ain ada cerita pasal TOURNAMENT VOLLEYBALL kan? Kali ni Ain nak cerita pasal TOURNAMENT FUTSAL pulak hihihi. Kali ni Ain dan kawan kawan Ain jadi AJK. No no no... Dah tak kerja kutip kutip bola ni dah cuma kerja... Errr... Hahahaha. Tengok lah sendiri.

Match futsal ni diadakan selama tiga hari iaitu pada hari Khamis malam, Jumaat dan Sabtu (28 Feb, 1 n 2 Mac). Yela sebab banyak sangat team yang join sebab tu sampai tiga hari match. Ain kerja sebagai angkat barang bagai hahahahaha dan ada lah. Kami semua bekerjasama. Best jugaklah tengok budak budak lelaki main futsal kan. Tengok skill mereka semua.

JUMAAT - 1 MAC 2013

Pukul 8 pagi dah terpacak kat court. Sebagai AJK kena la datang awal kan untuk uruskan semua ini. Then baru lah game start. Selalunya hari Jumaat, game sampai pukul 12 tengahari je. Then pukul 3 petang baru start balik.






With Tasha and Aainaa.

Sebahagian drpd tugas kami. Buat air untuk pemain hahaha. Tawar tawar pun, diorang minum jugak kan.

Memang penat weh... Sampai petang kot. Then kat depan kolej Ain ada booth yang jual macam macam. Contoh seperti makanan, baju dan sebagainya. Karnival kannn. Perghhh memang boros kot. Asyik nak beli je doh. Dah la bilik Ain betul betul menghadap gerai makanan. Mana tak lagi menambah nafsu makan ni kan hahaha. Orang luar pun ada yang datang. Sambutan pun ok la.


Nak karaoke pun boleh tapi sumpah memekak doh! Hahahaha eeeeeeee!

Ok time malam ada event iaitu Chendering's Got Talent. Ala macam nyanyi nyanyi tu. Kalau menang, dapat hadiah la. Hmm not bad la. Ada persembahan yang best dan ada yang macam boring gila. Entah apa diorang nyanyi kat depan tu haha. Ain masukkk??? Oh tidak... Kalau Ain masuk, memang tak ada orang nak tepuk tangan nanti kah kah kah. So time persembahan yang terakhir, kawan Ain ada masuk iaitu Sara. Hahahaha yang ni memang gempak gila ah! Dia belum nyanyi lagi, kami semua jerit bagaikan kena histeria! SARA!!! SARA!!! SARA!!! HAHAHAHA!!! Sumpah happening gila! Ain rasa jeritan kteorang lagi kuat daripada suara dia hahaha tapi SARA lah yang JUARA bagi CHENDERING'S GOT TALENT kategori INDIVIDU!!! Congrats wehhhh!

Dalam dewan.

Hahahaha sumpah time habis persembahan Sara, dah bersorak bagai, masing masing dah tak ada suara. Yela jerit macam orang gila, terpekik terlolong hahaha! Itulah namanya semangat menyokong kawan! Bila balik bilik tu, hmm memang penat gila ah. Esok kena jaga lagi untuk futsal. Dah la pagi tu Ain dengan dua orang kawan Ain, Ika dan Tasha masuk pertandingan main congkak. WHAT??? CONGKAK??? Hahahahaha! Jangan pandang remeh dohhh.


SABTU - 2 MAC 2013

As usual, bangun pagi then pergi Open Studio. Kenapa? Sebab nak main congkak kan hahaha! Eee ingatkan dah ramai orang, tengok tengok kami bertiga yang awal hahaha. Hmm so practise dulu kan sebelum nak lawan. Cehhh. Dah lama ni tak main congkak hahaha. Bila semua pemain congkak sudah datang, baru lawan. Ada tiga round. Satu team ada tiga pemain so masing masing kena lawan. First game, kteorang menang dengan 2 -1. Second game 2 -1 jugak. So dapat la masuk final... Hahaha kteorang memang dah tekad nak menang tahu tak! Kalau kalah memang malu ah. Menjatuhkan maruah hahahaha!



Jeng jeng jeng... Anda rasa kami menang atau tak time final? Hmm rasa rasa? Hihihihi MESTI AH MENANG DOHHH! WEHUUU~ KAMI JUARA BAGI PERMAINAN CONGKAK!!! HAHAHAHAHAHAHA! Sumpah kteorang nak gelak gila gila padahal main macam apa je LOL! Dari sebelum main, sampai main memang kteorang cakap besar. I mean kteorang asyik cakap, "alah congkak je, confirm menang ni" hahahaha tengok tengok betul doh! Yeahhh hahahaha!

KAMI JUARA CONGKAK! LOL! Ika, Ain dan Tasha.

With Kak Ninie.

Dah habis main, pergi kat court futsal. Kerja tetap kerja. Tak baik curi tulang hahaha. Harini final game bagi futsal. Yang masuk final semua team hebat hebat. Hmm so kita skip skip, Ain tak ambil banyak gambar pun hari tu. Cehhh mentang mentang dah juara kan hahaha. So tournament futsal tu habis waktu tengahari. Waktu petang pula ada acara penerimaan hadiah untuk juara. Of coz la Ain pergi, dah juara kan hahahaha! Sumpah kelakar time nak ambil hadiah tu. Ain, Ika n Tasha masing masing tak nak naik atas pentas sebab malu. Yela, menang congkak? Mesti orang gelakkan. So... Nama yang kena panggil naik atas pentas adalah Tasha sebab dalam senarai tu nama dia paling atas. Hahahahaha kesian dia. Dia pergi mana mana semua panggil dia congkak, LOL! Menang dapat apa? Dapat duit ahhh hahaha. Boleh berpartyyy! Wee~ Haha.

And today is the last day for KC4U. So makan la puas puas ye. Berkaraoke la puas puas ye. Actually ada something yang menarik yang berlaku sepanjang KC4U ni tapi tidak mengapalah. Hanya saya dengan Allah sahaja yang mengetahuinya. Hihihihi.

Kesimpulan, ok lah. Pengalaman baru kan. Penat memang lah tapi kalau ada kerjasama semua benda jadi mudah. Tak gitu kawan kawan? Ok... Itu sahaja ceritanya. Thanks kerana sudi baca ye. Btw, follow lah Instagram Ain, hehehe. Just search "ainzuhairi". Sekian~

We are AJK's FUTSAL!!!

P/S: Bola tampar sudah. Futsal sudah. What next??? Hoki maybe??? Tunggu...

Bola Tampar punya tournament.

Juara main bola tampar tuuu... Jangan main main hahaha!

Hai semua! Ain nak cerita pasal tournament volleyball yang berlangsung pada Jumaat dan Sabtu lepas (22 Feb - 23 Feb). Tournament ni di bawah pengawasan koko bola tampar. I mean budak Part 3 dan Part 2 yang ambil koko bola tampar kena uruskan semua tournament ni. So jom baca apa yang berlaku sepanjang tournament ni, wehuuu~


JUMAAT - 22 FEBRUARI 2013

First day.

Perghhh kata pukul 7.30 pagi kena terpacak tapi??? Janji Melayu betul. So kteorang semua, budak budak Part 2 warming up dulu sebleum game nak start. Game start pukul 9 pagi. Lambat dohhh. Semuanya ada 8 team.


Warming up duluuu.


Adakah saya main? Oh tidakkk. Kalau saya main, confirm ke langit saya tampar bola itu. Semua ada tugas masing masing iaitu jaga bola dan angkat bendera. Ikut jadual la kan siapa jaga untuk first game, second game and so on. Ini sebahagian untuk markah koko kteorang jugak.

Me with Aainaa.

Kteorang, Part 2 ada hantar dua team untuk main iaitu team Koko Part 2 (A) dan team Koko Part 2 (B). Yang masuk ni semua pro pro hahaha. Yang tak pro tu, tengok jela kan. Sob sob~






Love this picture!


Team kitaaa hahahahaha!


Hmm ok la first day ni. Ada la samting erghhh yang berlaku tapi watlek wat peace la kan. Normal la kena marah. Biasa la, kami kan junior... Hmmm. Habis semua ni lebih kurang pukul 7 malam. Before that, ada la rehat macam makan tengahari, balik bilik jap solat dulu time tengahari tadi. Pukul 3 baru start sampai pukul 7 malam. So esoknya, ada lagi tournament. Ada team lagi yang tak lawan. Banyak woo!



Balik balik balik~

SABTU - 23 FEBRUARI 2013

Second day.

Harap hari yang kedua ni dah tak kena marah marah, hehehe. Tapi memang betul pun, tak kena marah dah sebab orang yang marah tak adooo, huahahahaha! K k sambung cerita. Hari kedua ni match untuk semi final dan final. Jeng jeng jeng~


Sebelum nak tunggu perlawanan, masing masing apa lagi, main la kan. Uuuuuu syokkk dohhh! Ain pun main kejap, hehehe. Lantak la terer ke tak asalkan cuba.


 Main antara kita kita je before game nak start.



Lebih kurang pukul 11.30, match untuk semi final dan final bermula. Before that, yang pagi pagi tu ada team yang lawan. Dua team jela. Sebab tu mula pukul 11.30.

 Team yang masuk final! Ain sokong team belah kanan tu, hik hik.





Ok... Sudah habis tournament... Kemas kemas dulu... Then beratur untuk sesi menerima hadiah. Then ambil gambar ramai ramai, uuu~


 Nak umumkan pemenang.

Koko Bola Tampar Part 2!!!

Habis tournament, pergi kejap main bastkeball. Lepas rinduuu hahahaha. Lepas dengar Azan Maghrib, baru balik bilik. Mandi, solat semua dan krohhh krohhh hahahahaha.

Haaa... Konon try nak shoot ah haha.

Kesimpulan: Memang penat gila lah dengan dua hari berturut turut kena bangun awal tapi best lah. Walaupun kena marah bagai mcm tuuuttt hahaha tapi seronok la. Pengalaman yang baruuu. Hubungan antara rakan rakan Part 2 bola tampar pun jadi rapat. Dah boleh jadi geng, hahaha. So itu sahaja cerita saya. Nak tengok lagi gambar gambar pasal tournament ni? TEKAN SINI. Dan dan follow lah Instagram Ain, hehehe. Just search " ainzuhairi ".

WE ARE ONE FAMILY~

P/S: Yang gbr atas sekali tu, medal yang Ain pinjam je hahaha. Sekian~