Jack Reacher uuu~

Tengok jangan tak tengok!

Assalamualaikum. Ok now Ain nak story pasal hangout dengan kawan kawan UiTM pada Khamis(27.12.12) hari itu. Sekarang kan tengah cuti mid sem tapi nak dekat habis daa. Asalnya plan nak ajak satu kelas pergi hangout tapi ada yang busy la, apa la so kami berENAM sahaja. So sad hahaha tapi tak apa lah. Asalkan keluar. So kami pergi ke Wangsa Walk. Ain first time pergi situ. Pergi sana naik LRT. First Ain dari Stesen KTM UKM pergi ke Stesen KTM KL Sentral. Then tukar, ambil Stesen LRT KL Sentral ke Stesen LRT Sri Permai. Gila jauh kot merantau!

 On LRT. Otw to Sri Permai Station.

 Jalan kaki nak pergi ke Wangsa Walk.

Sampai sana terus menuju ke tempat wayang. Kteorang nak tengok movie bertajuk Jack Reacher! Uuuu~ Best lah jugak hahaha. Yang lawaknya suara Ain, Farah dan Tasha je yang macam riuh gila. Yela ada part yang macam terkejut, scary semua kteorang jerit hahaha. Pastu gelak la, cakap la, hahaha memang best lah!

 Kami berENAM! Iffah, Suhaila, Farah, Ain, Tasha dan Zahida.



Lepas tengok wayang, solat Zohor semua then pergi makan pulak. Kteorang keluar daripada Wangsa Walk, jalan kaki ke Carefour. Tak jauh la... Makan kat Jombali. Uuu sedap sangat! Nyumm nyumm~


 Our food~ Sedap kannn~


Dah kenyang makan, pergi balik ke Wangsa Walk. Jalan kaki lagi, hahaha. Exercise la katekan~ Pergi karaoke kat Superstar! 1 jam sahaja.








Dah penat menyanyi bagai, it is time to go back home. Lepas solat Asar, gerak ke Sri Permai Station. Jalan kaki la derrr. Then sampai KL Sentral, masing masing berpisah. Saya ke KTM UKM lew...



Cehhh ingatkan Wanga Walk tempat yang macam gempak gempak but biasa biasa jela hmm. Ok lah bagi orang yang pertama kali datang. Macam macam tempat hiburan yang ada kat sini. Bowling ada, karaoke ada, wayang ada. Tempat makan pun macam macam ada. Ok lah, itu saja. Sekian~

P/S: Cuti mid sem sudah habis. It is time for me to go back Terengganu. Huwaaa~

Rindu terubat seketika! Reunion Rubies~

Hari yang dinantikan sudah tiba! Cehhh! Hari ni (23.11.12) Ain dengan budak budak kelas Ain (5 Rubi 2011) akan buat satu perjumpaan. Bak kata Along, reunion tapi bagi Ain jumpa jumpa macam tu je sebab tak ramai yang datang tapi bessttt sesangat kot!!! Yela yela, ia boleh dipanggil sebagai reunion kelas, hehe. Ain sebagai ex Bendahari sudah menyatakan bahawa pukul 11.15 pagi semua mesti dah ada kat sekolah tapi krikk krikk krikk krikk, Ain sorang je, hahahaha! At least ok la semua datang sebelum 11.30 pagi walaupun tak menepati masa yang ditetapkan. Hmm boleh diterima lagi, ceti maafkan anda semua, hahaha! Hari ni tak ada budak SPM so boleh buat kecoh di sekolah, hihi.

Sebenarnya pergi sekolah ada tujuan. Tujuannya nak ambil sijil SPM 2011. Ok saya sudah ambil da. Siapa yang batch 1994 yang belum ambil sijil SPM 2011, pergi la ambil di sekolah masing masing ye. Dah habis ambil sijil, lepak ah apa lagi! Macam biasa ah Metropoint Kajang tempat lepak kami semua time sekolah, hahahaha! Sebelum tu, lunch dulu kat Pizza Hut.


 Elena, Nabilah, Ain and Zahira.


 Tunjuk sijil SPM and LCCI anda, hahaha!




Zahira, Atikah and Ain.


 Teman gelak ketawa wa. Hahaha! 

Spaghetti bolognese.

Then gerak masuk Metropoint Kajang. Main bowling. 2 game! Yahuuu! Buat 2 lane. 5 lawan 5. Masing masing tunjuk kehebatan, hahaha. Syok kot main sambil tangkap gambar la, gelak huuuhaaa huuuhaaa sana sini. Sakit perut wa gelak banyak tahu tak!

 Zahira, Wan, Ain and Iylia.

 Tengok muka Elena dgn Zahira! Hahahaha!






 First game! Ain yang AZ tu.

 Second game!

Ok dah penat bermain, jalan jalan la. Then lepak kat Secret Recipe. Minum minum and makan kek.




Ok itu sahaja cerita Ain pada hari ini. Memang best lah jumpa dengan mereka semua! Lama kot tak jumpa. Last jumpa pon time ambil sijil SPM hari tu time bulan 3. Rindu rindu rindu! Ok satu hari dah puas gelak macam orang gila sampai terduduk and rasa nak guling guling. K over gila! Hahahahahaha! Banyak gila cerita yang kami semua kongsi macam cerita kat Universiti/Matrikulasi masing masing, cerita pasal sekolah dulu. Hahaha macam macam lah! 

Esok geng Matrikulasi Ain ramai yang dah nak balik. Boleh dikatakan ramai la kawan kawan Ain yang masuk Matriks. Yang masuk Universiti sikit je. So jumpa lagi ye cuti semester nanti! Ok terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Sekian~ Tamat~

See you all next year~ 5 RUBI 2011!