SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!

Hello hello... Ok now Ain nak anjurkan segmen yang kedua pula. Alhamdulillah segmen yang pertama mendapat sambutan yang hangat! Cehhh hahaha. Terima kasih kepada yang sudi join ye. Baiklah, nak join tak segmen kedua Ain ni? Ok mari ikut syarat syarat di bawah. Simple saja! Ada hadiah lagi tu!


1) WAJIB FOLLOW blog Ain dan juga LIKE fan page blog Ain. Kalau yang ada twitter tu, boleh la FOLLOW twitter Ain. Kalau nak lah, tak wajib pun.


2) TULIS entry yang bertajuk, "SEGMEN 2: Terjah, Follow, Menaik!!!". Then tampal banner tersebut di entry anda dan linkkan ke blog ini. *copy banner di bawah ini*
TAMAT
3) WAJIB TAG 2 orang rakan anda. Nak tag lebih pun tak apa. Tag la kat kawan kawan yang suka bersegmen ni, hihi.
4) Ok siap! HANTAR LINK anda ke kotak komen di bawah ini. Kotak komen ye, bukan di chat box. And JANGAN HANTAR LINK KOSONG. Errr ada kot yang hantar link tapi tak ada pape. Aduyai~

HADIAH CABUTAN BERTUAH KEPADA YANG JOIN SEGMEN INI
2 pemenang - Top up RM 5.
20 pemenang - Bloglist di sidebar Ain selama sebulan.
10 pemenang - Blog review.
Itu jela yang Ain mampu kasi, hehe. So marilah join ye para bloggers! Siapa yang nak naikkan followers dia tu patut join. Selain dapat ramai followers, dapat juga berkenalan dengan bloggers yang lain. Boleh la jadi kawan kan, hehehe.
TARIKH TUTUP: SUDAH TAMAT!!!

>> SENARAI PESERTA <<
*akan diupdated dari masa ke semasa*

TUTORIAL: Tulisan Berkelip di Tab.


Ok now Ain nak ajar buat tulisan berkelip di tab. Haa nampak tak kat atas tu, yang tulisan gerak gerak tu? Itu adalah tulisan bergerak di tab. Kalau anda nak cuba, klik TUTO ini. Yang ini lain sikit, ia berkelip kelip. Lawaaa... Nak cuba? Jom! Ikut step di bawah.

First: Dashboard >> Layout / Design >> Add a Gadjet >> HTML/JavaScript

Second: Copy and paste ayat di bawah ini.


<script type="text/javascript">
function tb3_makeArray(n){
 this.length = n;
 return this.length;
}
tb3_messages = new tb3_makeArray(1);
tb3_messages[0] = "AIN COMEL! AIN COMEL!";
tb3_rptType = 'infinite';
tb3_rptNbr = 5;
tb3_speed = 500;
tb3_nbrOneMsg = 5;
var tb3_currMsg=0;
var tb3_timerID = null;
var tb3_switcher = 0;
var tb3_countOneMsg=0;
var tb3_counter=1;
function tb3_blinktitle(){
if (tb3_countOneMsg == tb3_nbrOneMsg){
 if (tb3_currMsg == tb3_messages.length-1){
  if ((tb3_rptType == 'finite') && (tb3_counter==tb3_rptNbr)){
   clearTimeout(tb3_timerID);
   return;
  }
  tb3_counter++;
  tb3_currMsg=0;
  tb3_countOneMsg=0;
 }
 else{
  tb3_currMsg++;
  tb3_countOneMsg=0;
 }
}
if (tb3_switcher==0){
 document.title = tb3_messages[tb3_currMsg];
 tb3_switcher=1;  tb3_countOneMsg++;
}
else{
 document.title = "______________________________________";
 tb3_switcher=0;
}
tb3_timerID = setTimeout("tb3_blinktitle()", tb3_speed)
}
tb3_blinktitle();
</script>


Last: Preview and save! Just simple!

P/S: Yang Ain hijau kan tu, anda boleh la tukar ikut perkataan yang anda nak, hehe. Selamat mencuba~

Nak lagi??? Tekan TUTORIAL ok!

Kini tamat lah Semester 1! Yahuuu~

Assalamualaikum semua! Yeahhh akhirnya setelah beberapa bulan melalui alam Universiti ni, akhirnya tamat sudah Semester 1. Hahaha ala baru sem 1 je, belum sampai sem 6 lagi kan hehe. Pejam celik pejam celik, cepatnya habis. Rasanya tak sampai 6 bulan pun. Start masuk UiTM bulan Jun sampai lah habis, bulan Oktober. Cepat kan? Rasa sedih + rindu pun ada. Cehhh padahal jumpa lagi Semester 2 nanti, hahaha! Pelbagai kisah yang menarik berlaku sepanjang Semester 1 ni tapi nanti nanti la Ain cerita on the other post, hehe.

Ok now nak cerita pasal final exam yang baru sahaja tamat. Ain punya last paper 15 Oktober hari tu. Then Ain balik sini, 17 Oktober. How about my final exam? Ok ke? Hmmm ok la. Nak kata senang kacang, ada yang susah. Nak kata susah gila, tak ada la sampai jadi gila. Tapi secara kesuluruhannya, Ain rasa subjek yang paling Ain takut ialah MAT 112. Sumpah takut gila! Kalau boleh tak nak la repeat. Tahla, Ain rasa macam Ain tak buat dengan bersungguh sungguh. Dunno la kenapa sejak masuk U ni, Maths semakin lembab. Urghhh stress gila! Jujur la, MAT 112 lagi stress daripada jawab ADD MATHS sekolah menengah punya tu, hmmm. Hopefully, tak ada subjek yang kene repeat la. Kalau repeat, malu woiii! Nanti orang ingat asal kita bodoh sangat ni. Hopefully tak, amin~ Hidup ini makin lama makin susah. Kalau SPM tu ada banyak masa nak belajar. Kalau dah masuk Universiti ni, masa semakin terhad. Subjek pon semakin susah. Btw Ain kos Pengurusan Perniagaan kat UiTM Kuala Terengganu.

15 OKTOBER 2012


YAHOO! MERDEKA! Habis je paper MAT 112, terus booking kereta sewa nak keluar! Hahaha! Tapi masalahnya, nak keluar pergi mana? Mana ada shopping complex macam Pavillion semua hahaha. As usual la, pergi Giant, Mydin dan Pantai Batu Burok kah kah kah!

In the car. Keluar dari pukul 6 petang sampai 10 malam.

 At Pantai Batu Burok.

Lepas pergi Pantai Batu Burok, pergi ke Giant and Mydin. Saje jalan jalan haha. Then pergi tempat bowling kat Astaka. Scary gila oh, dah la kecik tapi best ah! Hahaha saya juara for the first time! LOL!

 Farah with bowling ball.

Inilah final score nya. Well~ Ain lah juaranya! Hik hik hik!

 Masturah and Ain.

 Ika and Farah.

Then pergi station bas sebab nak tengok kawan kawan yang balik. Nak ucap selamat tinggal la, cehhh haha. Lepas dah ucap tu, pergi makan malam pulak. Hahaha memang sampai malam kteorang keluar tapi tempat sama je. Boringgg hihihi.

Ika and Tasha.

16 OKTOBER 2012

On the next day, ramai yang dah nak balik ke rumah masing masing. Sob sob, sedih kot!!! Kolej pun dah semakin krikk krikk~ So jom start kemas mengemas! Time pagi Ain pergi Bank with Siti. Settle kan kad ATM yang mcm pffftttt ni hahaha. Malam pulak kemas mengemas. Thanks to Ayah and Ibu Arna kerana tolong kami kemas. Kami hargai sangat sangat! Thank you Uncle and Auntie!

Katil saya tingkat atas tapi tak pernah tidur haha. Panas mehhh so tidur kat bawah jela beralaskan comforter, hihihi. Tak sakit la, dah biasa kan. Kalau kat rumah baru tidur atas katil, haha.

Packing dalam kotak untuk letak dalam stor kat kolej.

Ahhh abaikan jenama kotak tu, haha. Dalam ini, ada semua harta karun saya muahahaha!

Meja Ain yang tepi katil tu. Maaf sepah, nak kemas kan. Hanger berterabur tu Ain punya keje la tu haha!

Tadaa~ Clean tak? Bersih kan? Ok daripada sebelum ni.

Ini dia papan kenyataan Ain, haha! SEBELUM.

Tadaa~ Licin sudaaa~ SELEPAS.

Then time malam pulak hantar kawan kawan balik. Hantar mereka depan kolej je. Tolong angkut beg diorang masuk kereta, hihi. Hmmm sedihnyaaa hahaha!

Tasha and Ain.

Bye bye anda semua! Jumpa next sem!

Ada yang balik naik kereta dengan ibu ayah, ada yang naik bas, dan ada yang naik kapal terbang. Ain naik kapal terbang, haha ala sekali sekala kan. Cehhh padahal dah 3 kali kot naik!!! Next sem kena kawal nafsu nak naik kapal terbang. Naik pun sekali je setiap semester. Boleh ke? HAHAHA!



Tu gambar time naik bas, cuti raya hari tu. Naik bas memang best kaalu ada kawan tp selalunya Ain naik sorang sorang hahaha. Takpe la, dah biasa forever alone ni. Asalkan sampai rumah!  Dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur mengambil masa 7 8 jam macam tu. Tengok la driver bawak macam mana. Kalau naik kapal terbang, 45 minit jerrr hehehe.

17 OKTOBER 2012

Its time for me to go back! Bye Kerawang! Bye kawan kawan! And bye Kuala Terengganu! Kuala Lumpur, here I comeee! Yahuuu!

Ini yang saya bawak naik kapal terbang. Sekali dengan bantal kauuu! Hahaha! Memang orang pandang pelik tapi ada aku kesah? LOL!

With my beloved Quaker the turtle. Hahaha nama tu Arna yang bagi sebab time tu dia tengah makan biskut quaker oat! Hahaha!

At Airport Kuala Terengganu. Lama weh tunggu flight. Patutnya pukul 12.35 tengahari tapi delay kepada pukul 1.30 petang! Ishhh!

Dah biasa travel sorang sorang ni. Kena la berdikari kan. Kalau tak tahu, tanya la orang. Ok lah, nampaknya itu saja cerita saya. Nanti Ain akan post pasal perkara yang berlaku sepanjang Semester 1 ni. Hihihi excited kot nak cerita! Ada kenangan manis and ada kenangan pahit tapi setakat ni semua ok ok saja. So thanks for reading and Assalamualaikum~ Goodbyesss~

Btw, sila LIKE fan page Ain di bawah ni, haha. Nantikan cerita yang lain ok. Thank you~

First time main hoki!!! Uuuu~

Wahhh lama tak updated ni, hehe. Btw, Assalamualaikum para bloggers and para pembaca. So hari ni Ain nak cerita pasal SAF. Apa itu SAF? SAF singkatan untuk Sukan Antara Fakulti. Ok Ain daripada UiTM Kuala Terengganu so kteorang kena berlawan dengan fakulti yang ada kat UiTM Dungun. Semua event berlangsung kat UiTM Dungun. Siapa yang masuk jela pergi sana. Pergi sana naik bas UiTM selama satu jam setengah. Jauh kan... Hmmm Ain masuk 2 permainan iaitu futsal dan hoki

Cerita pasal futsal, hmmm tak payah tahu la sebab tah la. Macam haremmmmm je puih, haha. Tapi ada incident yang menarik berlaku. Time mereka semua tengah main futsal, tetibe DUSHHHH amek kau bola tu terkena muka aku. Terbaikkk! Saya punya salah jugak la, siapa suruh duduk dalam gelanggang futsal kan. Memang cari nahas lah, hahaha. Nasib baik hidung tak kemek or berdarah cuma kepala agak pening la. Futsal wanita menang tempat ketiga. Pingat ada lebih tapi saya malas la nak tuntut sebab saya masuk main sekali je. Itupun last minute panggil pemain. Tengok tengok terlebih pemain. How come??? Ahhh nyampahhh!!!

Ok now Ain nak cerita pasal hoki... Actually Ain tak pro sangat main hoki ni. Pernah la main tu pun SEKALI je kot! Kalau bab sukaneka, banyak kali ah hahaha! Mula mula Azura yang ajak buat group hoki ni. Saya on je. Kteorang semua berlatih dekat kawasan yang disediakan. Fun la jugak sebab first time kan main hoki ni. Pemain mesti ada 10 orang. Mula mula dah cantekkk je ngam semua. Tengok tengok, TERLEBIH LAGI? AGAIN? WHAT THE... Dah macam incident futsal hari tu terlebih orang tapi futsal hari tu terlebih orang buat satu team. Yang ni, nak kata terlebih tak ada lah tapi buat dua team. Nak buat dua team pon tak cukup so kesimpulannya main tarik orang yang tak reti main hoki. How come??? Kteorang nak berlatih bagai nak rak, sesuka hati ajak orang yang tak berlatih masuk main. Hmmm tengok jela kesudahannya. Jom baca sambil tengok gambar, hihihi.

DAY 1. 7 Sep 2012.

Bertolak dari kampus pukul 7 pagi. Elehhh kata pukul 6.30 pagi dah gerak tapi tak... Hahaha. Janji Melayu kan. 3 bas yang pergi UiTM Dungun. Yang pergi ni semua terlibat la. Sampai sana kena lari. What??? Lari??? Perghhh semua kena kot lari. Alaaa macam merentas desa la. Perempuan lari 4 km. Lelaki lari 7 km. Perghhh semput gila doh. Dah la jauh. Penatttt!!!

Sebelum nak lari.

Lari di pantai. Uuuu fun~

Lari di jalan raya.

Penat tak terkata, hahaha. Nasib baik lari dapat point. 5 mata je pun. Wahhh pelbagai jenis air disediakan bila habis lari hahaha.


Ini betul, tak tipu hahaha!

Dah habis acara larian, pergi ke padang hoki plak. Alahhhh... Ingatkan game start waktu pagi rupanya pukul 4 petang macam tu??? Gila apa nak duduk sana dan tunggu masa berlalu. Ishhh! Semua bengang kot! Baik datang petang je. So kteorang semua pun lepak lepak, practise main hoki. Kat kolej kteorang practise main atas simen tapi kat sini main atas padang. So tak biasa sangat ah main atas padang ni.

Ada satu part wa sangat tak gemar. Kan Ain dah cakap tadi yang hoki wanita buat 2 team kan? Actually ada 12 pemain. Dannn... sepatutnya kteorang yang perempuan ni lawan esok, bukan hari ni. So nak elakkan rasa sia sia datang ke sini, kteorang dengan hati yang tak rela terpaksa lah tubuhkan 2 team. So satu team kena ada 7 pemain tapi still tak cukup orang so terpaksa lah amek sesiapa yang ada kat situ. Mana tak Azura tak bengang. Kteorang practise sama sama and tetibe nak berpecah? Lepas tu lawan sesama sendiri. Tup tup kteorang yang kalah. Yang menang pasukan senior? Pe cer dohhhh??? Hmmm.






Hmmm kami kalah. Ain punya team, Azura, Ika, Tasha and ada lagi budak Part 1. 3 - 0 kot! Haishhh spoil our mood betul. Esok ada lawan lagi but dengan budak Dungun. Why hari ni mereka tak ada? Sebab mereka ada modul, thats why lah Ain kata patutnya hoki wanita lawan esok bukan hari ni. Tengok, apa dah jadi??? Hmmm.

Ok tutup cerita pasal tu. Selain hoki, ada permainan lain jugak yang sedang dipertandingkan macam volleyball, basketball and pentaque.

Geng basketball.

Habis lebih kurang pukul 7 macam tu. Masing masing naik bas then bergerak ke Masjid nak tunaikan solat Maghrib. Then baru lah pergi makan kat Kelulut, Marang Terengganu. Lepas habis makan, masing masing menggila dalam bas. Karaoke bagai, hahaha! Sengal gilaaa!




Fun gila lah dalam bas. Hahhh... Ada satu incident berlaku di padang hoki. Nak tahu tak, kayu hoki boleh terkena kat muka Ain!!! Ishhhh!!! Tulah, yang kau gedik sangat berdiri belakang orang yang nak pukul bola kenapa kan. Kan dah kena sebijik! Tapi nasib baik tak darah oh muka. 

DAY 2. 8 September 2012.

Jeng jeng jeng... Selepas apa yang dilalui semalam, ikutkan hati masing masing malas nak pergi. Lantak la kteorang kalah tapi dengan semangat yang berkobar kobar, cehhhh so kteorang pon pergi jela. Biarlah apa yang nak jadi. Bertolak dari kampus pagi pukul 8 lebih macam tu. Tu diaaa... Ini baru rasa macam betul betul main. Ramai orang. Uuuu ganas oh diorang main hoki. Takut. Alhamdulillah hari ni punya game. Walaupun kalah tapi we had so much fun! Dapat kawan baru and pengalaman baru. Best la!




My team. Pemain just random.




Hah... again ada lagi satu incident berlaku, hahaha. Banyak sungguh kecederaan berlaku pada diriku ini. Ada orang nak rampas bola hoki dari Ain tapi dia pergi pukul kaki Ain. Adoyai~ Nasib baik hang baru first time main, hahaha. Nasib kaki tak sakit, kalau tak... haishhh.

Kesimpulannya, team Ain dapat no 4 tapi dikira sebagai tempat ketiga, haha. Alaaa asalkan dapat pingat, muahaha! Team lelaki dapat naib juara and team wanita lagi satu dapat johan. Yeahhh! Selesai semua game, naik bas pergi dewan apetah untuk penyampaian hadiah. Wahhh best kot! Meriah gilaaa! Cehhh mula mula masing masing tak nak ambil hadiah sebab malu. Yela kalah kan. Bila seorang bangun, semua pergi hahahaha! Bangga ah kot jadi pemain hoki. Padahal orang tak tahu cara aku pukul macam mana, kah kah kah!

And the best part is our campuss, UiTM Kuala Terengganu MENANG BAGI ACARA KESELURUHAN!!! YEAHHH!!! Hebat kan??? Masing masing sorak sakan ah time tu.

Johan bagi hoki wanita.

Tasha, Ain and Ika.

Tayang pingat andaaa...






Memang best lahhh!!! Satu pengalaman yang menyeronokkan. Pingat mahal tu... So kena jaga elok elok, hehe. Menang kalah adat pertandingan kan. Biasa lah. Hmmm ok sampai di sini saja. Thanks for reading. Sekian~

P/S: Final exam nak dekat. Wish me luck!!!