Okey, kan
entry yg lepas Ain ada cerita nak kongsi kat anda apa yang Ain dan kawan kawan buat kat sekolah sepanjang bulan puasa. So ini Ain nak kongsi.
Memang best. Walaupun penat tapi itu semua bukan alasan. Kalau hari yang ada subjek PJ, kteorg tetap main di padang. Lari sana, lari sini. Rileks la. Time bulan puasa pon kena exercise. Macam macam peristiwa yang terjadi seperti kena tukar tempat duduk dalam kelas. Dulu Ain duduk sebelah Nitya, then kena tukar duduk sebelah Nadhirah. Kenapa kena tukar? Ada la sesetgh orang yang buat bising so cikgu marah sebab itu satu kelas kena ubah tempat duduk. Hmmm mungkin ada hikmah disebaliknya. Anyway Ain dah happy sekarang. Hee~
Ada yang tak kena dgn senyuman dia, haha.
Dalam seminggu, 4 hari kteorg stayback utk buat studygroup. Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat. Bukan sebab sesaje tapi sebab nak belajar. Trial kan nk dekat. So kalau ada yang tak faham, boleh tanya kawan kawan. Setakat ni, ok la. At least daripada tak tahu apa apa pasal Akaun, sekarang ni tahu sikit sikit. Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi mengajar. Hee~
Untungla siapa yang sekolah dia semua perempuan. Kalau tak puasa tu, boleh minum and makan tapi bukan di kantin. Di dalam kelas suda. Ain tengok dah macam buat kenduri besar besaran pulok. Ada yang bawak nasi goreng, maggi goreng dan sebagainya. Haha. Tapi kena la hormatkan dgn orang yang puasa. Tapi Ain tengok orang yang puasa selamba je tengok orang yang tak puasa makan? Korang ni bagus lah. Boleh tahan tuuu... Kat perpustakaan pon kteorg buat kenduri, haha. Sorok bawah meja tapi jgn risau, lepas ini dah tak buat daa. Ahaks~
Kenduri sakan dalam kelas oiii~
Kalau bab bab kelas ni, memang aku paling bersemangat! Kalau bab bab rumah sendiri... ala kadar jela. Hehe. Tengok, sampai banner pon bawak balik rumah then touch up balik. Sampai tulis "MALAYSIA" pon jadi "MAYSIA". Kau ingat Messi apo. Jenoh aku nak padam balik. Penat kottt~
Tadaa~
Kadang kadang tengah belajar boleh pula nyanyi. Macam macam lagu raya. Lagu lama pon jadi laa. Tak dengar suara aku lagi, ramai yang suka tauuu~ Eeee~
Kami pon nak rayeeee.... Hee~
Okey itu sahaja. Aku pon dah lupo apo nak tulis. Hehe. Itulah, lepas raya baru nak post. Muahahaha! Okay, sekian~