Sambutan buat kali terakhir.

Hari ini kat sekolah ada sambutan Hari Guru. Hmmm not bad la. Sepanjang lima tahun sekolah, *sekolah menengah je* 3 kali je sambut. Tahun ni paling best + sedih. Yela, last year kot sambut. Tahun depan da tak sambut da sebab da habis sekolah. Sambut pun kat rumah, haha.

Kad yang aku kata besaaaarrr punyaaa!


Pagi pagi kemas dulu kelas. Susun meja, sapu lantai dan letak semua barang yang kami bawa. Then dengar ucapan dari Pengetua dan sebagainya. Semua muka macam tak sabar nak makan. Panjang sangat ucapan mereka mereka bagi.





Upacara yang ditunggu tunggukan ialah.... MAKAN!
Menu: Nasi tomato dan kek. Sedap!


 Teacher potong kek je tapi dia tak makan kek. Haha.

 Dia cakap, "Haiyooo besarnya kad. Macam mana mau simpan?". Time balik Ain nampak dia, dia da lipat kad tu. Adoyai~ Tak apa lah. Simpan buat kenangan.

Dah habis makan, main game. Aku tak ingat apa namanya. Aku main sampai gelak terover load doh.

Then kena beredar ke Pavillion sekolah. Bukan di KL tu. Hmmm okla persembahan dia tapi haprak doh. Tak nampak apa apa. Semua hadang. Haishhhh.

Tunggu game ni start lembab sangat.


 Inilah group dari kelas Ain. Okey saja.


Okey, itu saja yang berlaku. Boleh la. Anyway SELAMAT HARI GURU daripada 5 RUBI 2011!
Sekian~

Sukantara.

Hello guys! Sekarang ni Ain sibuk dgn sukantara. Esok dah la Hari Guru. Lagi la penat. Apa nya penat? Yela, kaki sakit sbb lari 100 meter, tangan sakit sbb lontar peluru, haha. Lari 100 meter dapat 1 point. Kau ingat aku yg kurus ni larat ke lari? Haha. Lompat jauh 1 point juga sbb tengah syok lari lari, kaki pula termasuk dalam lubang, hehe. Then lontar peluru dapat 2 point. 

Pastu lepas rehat ada raptai Hari Guru. Memang tepape la kan aku nyanyi. Okey, aku tak nak nyanyi esok. Jangan tanya kenapa. Bye.

Hmmm itu jela. Tengokla gambar yang Ain sempat tangkap.

 Tengah tunggu kawan kawan yg belum habis lagi.

 Aku gatal leher, orang sebelah pun boleh rasa. Haha.

 Bila dah bosan, macam ni laaa.

 Okey, aku pun dah mula syok sendiri.

 Ni lagi la, haha. Terlebih syok sendiri.

 Syera, Ain n Puteri.

Okey itu sahaja yang berlaku hari ini. Sebenarnya tanam pokok untuk projek sivik. Malangnya cikgu lupa. Tak apa lah. Lain kali sahaja lah Ain buktikan kehebatan dia menghancurkan pokok. Ahaksss~

Btw, HAPPY TEACHER'S DAY kepada Puan Lim. Dia ni baik + sporting. Kalau dia garang pon, ada aku takut? Haha. Kadang kadang kelakar juga tengok telatah dia. Anyway, YOU'RE THE BEST TEACHER lah sepanjang 2 tahun dia mengajar Ain. 

Then cerita pasal Hari Guru esok, kami sekelas ada beli kad. Kad BESAAARRR PUNYA! So masing masing tandatangan and tulis ucapan. Nak tau apa ucapan Ain? Memang terbaik lah. Ni ayat Ain, "Tq teacher for teaching me, Maths and Add Maths. One day I will prove to you that I can get A for Add Maths. Haha! I hope so". Okey, ayat aku memang tak boleh bla. Dont worry teacher, saya akan dapat A. Itupun kalau teacher tanda semua betul. Ahaksss~

Teacher aku pandai catwalk. Teacher korang ada? Haha.

Okey sekian~ :)

Ruby ohsemmm.

Hello U ols~ Haha. Hah, kan hari itu Ain ada cerita pasal gambar kelas kan? Ala yang Ain buat misai tu? Ala ENTRI  yang ni. Kan kan? Tapi tak la banyak gambar and bukan semuanya nampak. You tengok jela. Hah you? Grrrr~





Btw terima ksih kepada adik manis punya camera and gambar.
Okey itu je. Hihi. Sekian. Assalamualaikum :)

Buang masooo.

Hari ini SANGAT SANGAT lah membazir waktu di sekolah. Kelas Ain tak ambil pure science so hari ini tak ada exam and tak belajar la. Ain ingat dapat kertas Add Maths rupanya takdooo. 

Dahla 13 orang je datang, semua Melayu. Memang baguslah orang Melayu. 
Yes, aku taula kalau tak nak bazirkan waktu, pergi la belajar. Dahla exam Akaun minggu depan. So? I'm not so clever like you! *sebenarnya malas and rasa bersalah sbb tak belajar* Lalalalala~ 

Semalam ada juga terpikir nak bawak UNO. Maklumlah dah lama tak main tapi tak nak ah bawak takut kena rampas pulok. Tengok tengok si ketua bawak plastik yang penuh dengan kad. Ada UNO, Snap, Happy Family dan Block. 

Ni je doh yang datang. Belom habis SPM lagi ni.

 Ingatkan nak study Akaun tapi malas la.

Muka penat belajar. Padahal baru berapa minit.

Bila dah boring main game...

Kertas kertas. Alah game reka sendiri.

Bila dah boring main game...

 Happy Family lah sangat.


 Bila dah boring jugak main game...

 Susun susun block. Ye ke?


Bila dah boring main game...

 UNO + Sakai. *gambar tahun lepas*


Ok itu je, sekian~