Reunion kelas buat kali kedua!

Ok now Ain nak cerita pasal reunion kelas ex 5 Rubi 2011 (17 Mei). Dah lama kan tak jumpa kawan kawan sekolah jadi Ain ingat nak buat reunion kali kedua. Kali ni, not bad jugak. Ramai la yang datang. Saya sebagai ex Bendahari yang bertauliah kena la tolong ex Ketua Tingkatan buat semua kerja ni. Alhamdulillah~ Job sebagai Bendahari masih saya pegang sampai sekarang, hahaha. Plan ingatkan nak buat kat dewan ke or booking satu tempat untuk kami semua je tapi hmm tahu la kan, nak kumpul duit daripada semua orang tu susah. Dulu kat kelas senang la mintak duit. Pergi kat meja diorang, buat muka garang, dapat  la duit hahahaha. Sekarang? Nak suruh mereka bank in? Hmm hampeh. So kami buat reunion dekat Metropoint di Kajang sahaja. Makan di Pizza Hut. Just simple!


Ain suruh mereka datang lebih kurang pukul 12.30 tengahari macam tu. Ok semua tak ada la lambat mana. So jom makan~



RUBIES FOREVER~

Lepas makan, lepak dalam Metropoint. Yang Pizza Hut tu terletak kat sebelah Metropoint je. Sebenarnya nak main bowling tapi perghhh! Gila ramai budak sekolah doh. Jadi kami terpaksa buat keputusan sama ada nak karaoke atau buat benda lain. Hmm so last last, karaoke lah! 5 orang je yang join nyanyi nyanyi ni. Yang lain ada yang nak balik, pergi tempat lain and so on. Ahhh hentam saja, mari nyanyi!

Depan Pizza Hut.

Kat tempat bowling.


Music Box, let's sing!

Kami nyanyi yang sejam punya tapi tak macam sejam. Kering tekak haa nyanyi, suara pun hilang hahahaha. Tapi memang best lah! Ain dapat nyanyi dua lagu Judika! Perghhh feeling habis walaupun suara ke laut!

With them dalam biik karoks.


Hmm lepas dah karaoke, balik rumah la. Anyway thanks girls for coming! Nanti saya dan Azianty akan bincang lagi nak buat reunion kat mana. Tak nak la setiap tahun asyik tempat sama je kan, hahaha. 

P/S: Sila follow saya di Instagram, kalau ada la hehehe.
Instagram