Dah boleh agak kan main apa? Huhuhu.
Assalamualaikum semua! Ok now Ain nak imbas balik apa yang berlaku semasa KARiSMA (18 Oktober - 31 Oktober 13). Apa itu KARiSMA? It stands for Karnival Sukan Mahasiswa UiTM. Semua UiTM di seluruh negeri ada. Kali ini ia diadakan di Terengganu. Yang masuk KARiSMA ni semua boleh tahan hebat, gempak gempak. Ain? Hahahaha, ok sebelum Ain cerita pasal rutin harian disana, Ain nak cerita macam mana Ain dan 3 orang kawan Ain involve dalam sukan ini.
Untuk KARiSMA ini, Ain masuk sukan takraw wanita. Mesti korang dengar mcm, "perghhhh bapak hebat! mesti buat lipat bagai!" hahahahahah TAK, OK! Ain and the geng main tak ada la sampai lipat sana sini. Actually kami berempat baru sahaja cuba sukan ini lepas raya aidilfitri, tak silap Ain lah. Baru je wey! Anda bayangkan kami baru sahaja berjinak main sukan ini then kena lawan dengan orang yang pro pro? You know what the feeling is? Sumpah scary! Kalau nak masuk KARiSMA ini, kena ada selection. The really really good news is KAMI TIADA SELECTION! That is why kami masuk. Hahahaha nampak tak advantage nya? Yela dah tak ada sesiapa nak hantar wakil perempuan main takraw so dengan rela hati, niat yang ihklas nak cuba pengalaman baru, Ain dan kawan kawan Ain pun cuba la. First time main, it was hard. Kaki lebam + lenguh + sakit gila dan ia mengambil masa seminggu untuk kaki nak pulih. But at last, it was really fun things to do. So rare ok!
Seriously fun! Mesti korang tertanya, "tak rasa malu ke? korang ni dah la tak reti main?" haha tak! Kami jenis yang open minded dan nak cuba benda baru. Tak salah kan? Ok so now, jom baca apa rutin harian saya sebagai atlet. Hahaha atlet kauuu!
JUMAAT (18.10.13)
Ain dan 4 orang kawan Ain (3 perempuan, 1 lelaki) bertolak dari Station Bus Shah Alam dan gerak ke UiTM Dungun, Terengganu. Gerak Khamis malam, sampai sana Jumaat pagi. Perghhh dugaan weh! Dari turun bas, cari kolej nak duduk buat sementara, nama tak ada dalam senarai kolej, ish ish ish. Masalah weh! Tapi nasib baik makin lama makin ok. Takpe, baru first day. Then Ain tanya kat kawan kawan Ain, "korang ada rasa menyesal tak masuk benda ni?" then mereka pun jawab, "hmm belum lagi, nanti kita tengok apa yang akan terjadi" uuu first day dah rasa debarannya. Dah la panggil dengan title "atlet", tu yang lagi rasa berat bebannya. Atlet untuk orang pro. Kami ni?
Malam pula ada taklimat untuk semua atlet. Wowww! Semua muka memang pro pro habis lah. By the way, sesat woi jalan nak pergi dewan! Hahaha besar sangat UiTM Dungun ni! Gelap pulak tu. So esok sudah start training jadi kita tunggu apa yang akan terjadi.
SABTU (19.10.13)
Rutin harian kami setiap pagi, kena bangun seawal pukul 5.30 pagi sebab pukul 6.30 pagi dah kena berkumpul macam buat perhimpunan. Nyanyi lagu semua and buat senaman. Waduhhh nak jadi atlet kan, kena la bangun awal, hahaha. Lepas habis perhimpunan dalam pukul 8 pagi, baru lah pergi sarapan. Habis sarapan baru gerak pergi training. Ain training dalam dewan je sebab gelanggang takraw pun dalam dewan.
First time jumpa coach dan pemain lelaki agak awkward sikit. Yela Ain dengan kawan kawan Ain daripada UiTM Chendering tapi yang lain daripada UiTM Dungun so kami tak kenal langsung antara satu sama lain. Time training, dalam sehari lebih kurang 3 kali. Pagi, petang dan malam. Ikut coach la nak waktu bila.
Our hall, our match at here.
On the way nak pergi training. Tiap tiap hari lalu jalan ni.
Tiap tiap hari bawak beg yang berisi bola, hahaha.
Agak penat la tiap tiap hari jalan kaki pergi dewan yang nun jauh disana. Tapi yang bagusnya, boleh kurus! Hahaha cuma cuaca panas buat kulit saya makin gelap la, hmmm.
AHAD (20.10.13)
Macam biasa pukul 6.30 pagi terpacak kat tempat perhimpunan. Seperti yang dijangkakan, kena jogging sampai ke pantai. Perghhh wa paling benci jogging kat pantai! Habis jogging, sarapan then ayuh kita mulakan training!
Pantai depan kampus je.
On the way balik nak pergi lunch.
ISNIN (21.10.13)
Training, aduhhh penat hahaha. Tapi ok la, banyak benda yang kami belajar. New techniques.
Ada lagi seorang pemain lelaki tak sampai lagi.
Baru beberapa hari kenal, kami satu team sudah mula rapat. Makan sama sama, sarapan, makan tengahari dan makan malam. Kadang kadang supper, haha. Then keluar jalan jalan pergi bandar naik kereta sama sama. So sweet, hahaha. Mereka baik ok, nasib ada yang bawa kereta. Boleh berjimba, hehe.
SELASA (22.10.13)
Hari ini lepas training, pukul 2 petang macam tu ada Majlis Penyerahan Bendera. So kami satu team jalan sama sama pergi ke Dewan Anggerik. Hahaha senang jalan ramai ramai so tak sesat. Then the nervous part is time habis sahaja majlis tu, kena ambil gambar mengikut team. Hahahaha cuak gila woi! Yela malu la kena ambil gambar ikut sukan yang kita main depan orang ramai. Aku main takraw? Semua tak percaya doh. Muka muka innocent main sukan ganas, hahaha.
On the way nak pergi Dewan Anggerik.
Tahan nervous, hahaha. Bersama orang orang penting.
Habis sahaja majlis itu, kami pun balik la ke kolej. Time balik, kami ambil gambar sama sama, hahaha. Sporting lah korang!
All together, 10 people in one team. Takraw team!
Ok standby... Satu dua tiga...
Lompat! Hahaha, comel je.
My friends and also my classmates.
RABU (23.10.13)
Training and training!
KHAMIS (24.10.13)
Fyi, pemain lelaki punya gelanggang takraw kat pantai so kami pun join mereka main kat pantai. Hahahaha it was fun actually! Budak lelaki main, kami pula main and syok sendiri kat tepi. Ceh macam jakun nampak pantai. Yela kat Selangor mana ada pantai, LOL!
JUMAAT (25.10.13)
Last training baby! Pulun habis! And last dapat makanan free, sob sob. Time petang, kami ada buat friendly dengan team UiTM Sarawak dan UiTM Perlis. Wahhh not bad jugak la. At least kami dah tahu apa kelemahan kami so esok tak ada la cuak mana kan nak lawan. Fyi, esok Ain akan lawan dengan dua team ini dalam kumpulan B, hahaha. Bagus la kita semua dah buat friendly awal awal, haha.
SABTU (26.10.13)
Hari yang dinanti-nantikan. Tidur tak lena, makan tak kenyang, jantung berdegup laju. Nervous woi! Kami ni tak pro sebab tu la kami rasa nervous gila nak mati! Sumpah takut weh... Tengok cara pemain takraw wanita semua hebat hebat belaka. Wa pun jadi cuak la.
Baju pinjam, hahaha. Yeahhh Terengganu, no 6 yang tiada maksudnya haha.
Semuanya ada 9 team jadi dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan A, B dan C. Team Ain dalam kumpulan B jadi kena lawan dengan team UiTM Sarawak dan UiTM Perlis. So lets the game begin! Tibai jela weh!
Dari kiri: Puan Fadhilah (pengurus kami), Tasha (tekong), Siti (feeder), Ain (killer), Erin (feeder) dan Encik Zailan (coach).
Hahaha lek lek, walaupun wa jadi killer, wa tak mahir buat lipat lipat. Wa buat lipat pun, kaki wa tak straight habis hahaha.
With team UiTM Perlis. Mereka pun first time main takraw. Hahaha best lah main dengan korang! Jumpa lagi ye next year! Kata mereka... Hahahaha.
Testing court jap before lawan.
Yang biru tu, team UiTM Sarawak.
Yang merah tu, team UiTM Puncak Alam.
Tak sangka weh kami dapat masuk pusingan suku akhir! Hahahaha walaupun kalah dengan dua team tadi tapi kami tak terkeluar. Haa konon macam nasib la dapat top 8, hahaha. Ehhh ok la kan tak tersingkir? Kahkahkah! Rezeki woi! Next game, lawan dengan UiTM Shah Alam (B)! Hmmm ini pusingan kalah mati. A ah, kami dah jangka dah mesti kalah punya. Weh, mereka power kot! Ada dua team ni kan, ada pemain kebangsaan. Saya ulang, pemain kebangsaan! Kami ni beginner je, gila apa nak menang lawan dengan pemain kebangsaan, hahaha. Tapi best la, pengalaman baru lawan dengan orang pro pro. Tak ada la kalah teruk.
Terima kasih kerana datang support, haha.
1) Tempat ketiga: UiTM Shah Alam (B) dan UiTM Sarawak. (ada dua orang pemain sukma)
2) Tempat kedua: UiTM Puncak Alam. (ada seorang pemain kebangsaan)
3) Juara: UiTM Shah Alam (A). (ada tiga orang pemain kebangsaan)
Tahniah anda semua!
It was really really fun! Dapat pengalaman baru, lawan dengan orang pro pro. Ain cakap dengan kawan kawan Ain, "haa nampaknya kita dah lulus selection dah, haha. tak ada la teruk mana kita main. at least tak dapat kosong mata. not bad for beginner" kan? Ok lah tu dapat masuk suku akhir walaupun tak menang tapi at least we do our best. Itu tahap pencapaian yang terbaik la bagi kami. InshaAllah kami akan berlatih lagi dan asah sampai jadi pro dalam masa akan datang, huhuhu.
AHAD (27.10.13)
Tak payah dah bangun pagi buta, hahaha. Waktu pagi, rehat rehat kan kaki. Waktu malam ada Majlis Perasmian. Semua atlet dari seluruh UiTM berkumpul di padang. Hmm janji melayu. Last last hujan, tukar tempat masuk dalam dewan. K fine.
Peteh Ganu peteh! Hahahaha.
Tunggu berjam jam weh kat padang.
Last last, masuk dalam dewan. Ini pun separuh je yang dapat masuk sebab tak muat.
ISNIN (28.10.13)
Hari ini kami tengok budak netball main. Tengok budak rugby main juga. Bosan weh bila dah habis game takraw ni, haha.
Jalan jalan pergi pantai depan kampus je.
SELASA (29.10.13)
Again tengok budak rugby main sampai yang lain cakap, "yela diorang nok sek rugby je. kito ni ado pe je" hahaha jeles eh... Actually kami support budak kelas kami dan kawan kami dari U lain main! Go go go! Hahaha itu yang jadi penonton setia rugby. Ouchhh ganas permainan mereka.
Tiba tiba sedih. Tiba tiba. Mungkin dah nak dekat tamat kot... Hmm...
RABU (30.10.13)
Dah berapa hari dah kami tak tengok langsung budak lelaki main takraw kat pantai. So so so sorry korang. Kteorang nak datang but no transport. Hmm dah la diorang support kteorang time main. Kteorang pula tak support diorang main. Alahaiii... Mungkin tak ada rezeki kot. And the realy really sad part is it was a last day for us. Maksudnya esok sudah tamatnya KARiSMA. Nanti dah tak jumpa geng takraw da. Hmm sedih weh... Imbas balik hari pertama datang sini, hmmm sedih sedih. Ain yang tengah taip pun, hmm sedih sedih. Yela baru beberapa hari berkawan, dah kena berpisah. Kalau satu kampus tidak apa la jugak ni lain lain kampus. Alahaiii...
Time malam, kami geng takraw makan bersama sama buat kali terakhir. Dua orang lelaki dah balik awal jadi tinggal ini sahaja. Sedih wehhh! So sebagai tanda kenangan, kami buat jersi takraw sama sama. Uuuu kebetulan semua no berderet! Hahahaha so sweet!
Nice gift ever!
KHAMIS (31.10.13)
Memang muka kteorang ni muka pembuka dan penutup agaknya, haha. Bangun pagi pergi Majlis Penutup. Dah la kteorang duduk, depan kteorang semua atlet kebangsaan! Hahahaha wow wow cuci mata sat.
Ain, Erin dan Tasha je tinggal. Siti dah balik semalam sebab ada hal.
Penuh dan meriah!
Disempurnakan oleh YB Encik Khairy Jamaluddin, hihihi.
Tamat sudah.
So juara keseluruhan untuk KARiSMA 2013 ialah UiTM Shah Alam. Tahniah! Seperti yang dijangka, hahaha. Go Selangor go! Hmm berat hati pula nak balik. Sedih rasanya kena tinggal semua kenangan manis setakat ini sahaja, ceh.
____________________________________________________
Setakat itu sahaja lah cerita Ain yang panjang lebar. Kalau anda baca lagi bagus daripada tengok gambar je, hahaha. Seriously ini kenangan paling paling manis sepanjang 2013! Ingat senang ke nak masuk KARiSMA ni? Ain masuk ni pun sudah dikira rezeki tahu tak. Amboiii ramai pula atlet yang cakap, "next year make sure korang masuk" "jumpa kat Melaka tahun depan" "jumpa lagi, main tau" haa nampak tak geng geng baru ajak masuk lagi tahun depan? Hahahaha inshaAllah... Kalau ada rezeki lagi, kami masuk. Itupun kalau ada sukan takraw wanita. Kalau tak ada? Tidak mengapa lah. Yang penting, matlamat kami sudah tercapai. Thanks for the sweet memories, great friends and the best experience!
P/S: Next year KARiSMA buat kat Melaka. Agak agak boleh pergi tak? Hehehehe.
Time ni jela aku kurus. Balik rumah mula lah gemuk balik.
Thanks everyone for this precious memories and friendship we build. I will always keep it in my heart and mind. Always.
Sekian~
Sekian~
LIKE: